ISU CUT & PASTE..SALAH EH??

Aku ada terbaca banyak komen dari ramai blogger tentang isu 'cut and paste' ini.Kebanyakan nya terarah kepada ketidakpuasan hati tuan punya artikel asal,kejar hits,palagiat dan beberapa isu bersangkutan.


Beberapa bulan yang sudah aku ada menulis artikel mengenai isu yang sama.Memang tidak dinafikan terdapat segelintir atau ramai blogger yang mengambil jalan mudah dengan melakukan ini untuk kelihatan blog mereka senantiasa 'kemaskini'.Terutama artikel artikel dari akhbar online yang di cut&paste 100% atau diterjemah untuk dilihat seolah sebagai hasil mereka sendiri.Adakalanya artikel yang diambil dari blogger lain tidak langsung diberi kredit yang sepatutnya sebagai tuanpunya idea asal.


Tapi lebih ramai lagi blogger yang melakukan cut & paste ini dengan tujuan menyampaikan kepada audience yang lebih luas tentang sesuatu berita atau artikel yang mereka rasa bermanafaat untuk dikongsikan dengan pembaca diluar sana,AKU salah seorang yang kerap melakukan cut & paste ini.


Cuba bezanya kami dengan jenis blogger yang aku sebut diawal tadi,pengiktirafan hakcipta dan kredit kepada 'tuanpunya' artikel asal tidak pernah kami lupakan dan pandang ringan.Untuk mengaku artikel orang lain sebagai idea sendiri amat memalukan dan tidak beretika samasekali.


PERSOALAN NYA?


Adakah ianya menyalahi etika sebagai blogger jika sesuatu artikel di cut & paste dan diberikan kredit sewajarnya guna untuk disampaikan kepada pembacaan yang lebih meluas?


Malaysia merupakan negara ke2 dalam dunia selepas Indonesia (betulkan fakta ini kalau aku silap) yang rakyatnya paling ramai melibatkan diri sebagai blogger.Angkanya mencecah ratusan ribu kalau tidak silap aku.Apakah semua yang melibatkan diri dalam dunia blogging ini hanya menulis untuk syok sendiri dan suka suka?





Pastinya setiap blogger yang melontar fikiran mereka menerusi tulisan diblog masing masing inginkan ianya dibaca.Tidak kiralah apa bentuk blog mereka kendalikan.


Apakah setiap pembaca mampu membaca setiap artikel yang ditulis oleh semua blogger yang angkanya kini mencecah ratusan ribu?Aku yang menghabiskan tidak kurang dari 10jam sehari untuk melayari blog blog yang ada pun tidak mampu berbuat demikian,apatahlagi yang hanya ada masa ciput ciput

Pastinya peranan "BLOGGER CUT & PASTE" macam aku ini amat besar dalam misi menyampaikan maklumat ke audience yang lebih luas.Asal saja 'etika' berblogging itu tidak kita langgar ketahap "menciplak" karya orang lain.Tidak begitu?

Jadi aku harap kepada blogger yang lebih "otai" dan yang lebih "senior" berilah sedikit muka kepada kami yang baru mencebur diri dalam alam blogging ini.Berilah tunjuk ajar dimana perlu dan tegurlah kami jika dirasakan salah,tapi jangan HINA kami.



Pastinya anda yang bergelar "elitis","otai","senior" atau "nyamuk" sekalipun melalui proses yang sama yang sedang  kami semua lalui kini untuk sampai ketahap yang ada sekarang.Tentu banyak pengalaman dan tips yang boleh dikongsikan disamping membantu untuk mempromo blog kami yang masih bertateh ini.


Jangan dimatikan semangat kami yang baru baru ingin berjinak dalam dunia penulisan siber ini.



p/s::entry asal ini "dicopypaste dari BRO A.P.A
       pics plak dari uncle G

3 comments:

iRfan Johan said...

haha...ckp hebat. nie pun copy paste jgak...ayat gambar sume lah...haha. nsib letak kredit kt tuan asal....weeekkkasss~

I AM LEGEND said...

hahaa tajuk pon dah giler kn tapi copy paste jugak..haha
xper2..slow2 naek bai..pasni mane tahu ade org copy blog ak..haha

Mawiey said...

plagiat la bukan 'palagiat',,kih3

 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR