778 PELAJAR, RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TIBA DI KLIA

Seramai 778 rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya merupakan penuntut di Mesir selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin. Dua pesawat yang membawa kumpulan tersebut dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH8029 yang membawa seramai 459 penumpang tiba pada pukul 10 pagi dan pesawat AirAsia yang tiba 20 minit kemudian dengan 319 penumpang.

Mereka disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.Dikatakan Perdana Menteri sanggup membatalkan mesyuarat kabinet pagi ini dengan bergegas ke KLIA untuk menyambut kumpulan pertama rakyat Malaysia dari Jeddah

0 comments:

 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR