AMBIL IKTIBAR PERGOLAKAN DI MESIR,HARGAILAH KEAMANAN

Pergolakan politik yang berlaku di Mesir seharusnya menjadi iktibar kepada para penuntut supaya sentiasa menghargai keamanan, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis, Jafperi Othman.

Mereka pastinya bersyukur apabila dapat meninggalkan negara yang bergolak akibat rusuhan dan tunjuk perasaan itu untuk menikmati kehidupan harmoni di negara sendiri, katanya semasa berucap mewakili Menteri Besar Perlis, menyambut ketibaan kumpulan pertama penuntut Perlis di Mesir, seramai 21 orang, di sini Isnin malam.

Turut menunggu ketibaan para penuntut, yang menaiki bas Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dari Kuala Lumpur dan diraikan pada majlis makan malam ialah ibu bapa dan waris mereka.

Kumpulan pelajar dari Perlis itu adalah antara 778 penuntut dan rakyat Malaysia yang dikeluarkan dari Mesir dan tiba di KLIA di Sepang semalam melalui Ops Piramid.

Sementara itu, pelajar Universiti Al-Azhar, Khairulzaman Zakaria, 24, berkata Mesir menjadi negara yang suram akibat pergolakan itu dan kehidupan ceria selama ini berubah dan menakutkan.

Penuntut tahun dua jurusan Syariah, yang berasal dari Kampung Rama, Sanglang bersyukur kerana dapat pulang ke negara ini bagi memikirkan semula masa depannya.

Sementara menunggu peluang untuk meneruskan pengajian, Khairulzaman berharap berharap mereka dapat mengadakan program-program kemasyarakatan di negeri ini.

Nilai keamanan amat berharga dan apa yang berlaku di Mesir adalah satu iktibar, katanya.

0 comments:

 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR