LEBIH 7000 SUDAH DIPINDAHKAN DARI MESIR

Seramai 7,209 pelajar dan warga Malaysia telah berjaya dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi menerusi Ops Piramid.


Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, Mejar Marina Harun memberitahu Bernama, setakat pukul 10 malam ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat Hercules C-130 berjaya memindahkan 3,374 orang, tiga pesawat MAS (2,150) dan dua pesawat AirAsia (1,685).

Ops Piramid adalah operasi membawa warga Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak akibat tunjuk perasaan ratusan ribu rakyat negara itu yang mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

0 comments:

 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR