0

PENYEBAB UTAMA WANITA CEPAT TUA..muahahaa

1. Tahukah korang, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tapi kasihan kaum ibu sebab terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan je sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah la jadi gemuk sebab makanan yang dimakan tak sempat nak hadam.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "awak ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Jadi wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila dah cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua & Kedut-kedut pun mula kelihatan. Masa tu guna Total Effect ke, apa ke... bukan senang nak hilangkannya. Petua untuk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & tidur Secukupnya.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak & ditambah perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. jadi, wanita pun membebel, marah-marah... dan bila  dah marah-marah, banyak beleter, jadi cepatlah nampak tua..


Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan lelaki atau lebih tepat lagi suami. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti apa yang isteri anda  lakukan.


p/s - Ingatlah wahai kaum Adam bahawa perkahwinan itu adalah sebuah perkongsian hidup, jadi susah senang mestilah dikongsi bersama. Jangan fikir tentang diri sendiri je. Kalau hidup saling memahami, Insya Allah mahligai bahagia kekal abadi.
0

MATEMATIK DALAM SOLAT..ALLAHU AKBAR

Berapa lamakah kita solat dalam sehari semalam? Jika setiap rakaat kita anggarkan dua minit, maka dalam sehari-semalam jumlahnya ada 34 minit.

Maksudnya?
Dalam sehari hanya kita menggunakan sebanyak 2.4 % dari 1440 minit (60*24). Dalam seminggu, bererti ada 238 minit atau 3.96 jam. Dalam sebulan, lama kita bersolat sebanyak 952 minit atau 15.86 jam. Dan setahun, ada 11,424 minit atau 190.4 jam, yang sama dengan 7.93 hari.

Jika rata-rata usia hidup manusia selama 60 tahun, dan dikurangkan dengan 10 tahun masa awal akil baligh (dewasa), maka hanya 50 tahun seseorang melaksanakan solat dalam hidupnya. Itu bermakna, sepanjang hidupnya kita melaksanakan solat fardlu selama 571,200 minit atau lebih kuranf 9.520 jam, atau 396.7 hari (1.1 tahun).

Bayangkan, selama hidup, kita hanya meruangkan masauntuk solat fardhu selama 1.1 tahun, atau dalam satu tahun hanya 7.93 hari, atau dalam satu hari hanya 34 minit. Dari sini terlihat betapa jauhnya perbandingan ketaatan kita kepada Allah SWT dengan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita dengan nikmat usia.
Maka sangat malang, apabila ada orang yang tidak melaksanakan solat kerana alasan tidak ada masa,tak sempat atau sibuk. Padahal, jika kita jujur terhadap diri sendiri, kita boleh lama-lama berbual di telefon, di depan komputer, jalan-jalan, menonton TV,melepak dan lain-lainnya.

Ingatlah, Abu Zubair menceritakan bahawa dia mendengar Jabir bin Abdullah berkata,
”Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Antara seseorang dengan kemusyrikan dan kekafiran itu terdapat perbuatan meninggalkan solat’.” (HR Muslim).
Oleh kerana itu, jangan pernah merasa puas dan berbangga diri dengan ibadah yang telah kita laksanakan. Sebab boleh jadi ibadah kita, terutama solat, tidak akan bermakna apa-apa apabila amalan itu kita kerjakan dengan tidak ikhlas. Apalagi berharap surga. Allah menyindir orang yang demikian dengan pendusta agama. (QS Al-Maun [107]: 1-7).

Jadi, jangan hanya berangan masuk syurga dengan selembar tiket solat fardhu.
Silakan menjaring rahmat Allah dengan membuat banyak amal soleh. Berinfak,solat sunat,membaca Al-Quran, zakat, puasa, haji, berbaik dengan jiran,menyambung silaturahim, mengurus keluarga, belajar, menderma anak yatim, tidak membuang sampah sembarangan, bahkan hanya tersenyum kepada kawan pun termasuk amal soleh. Wallahualam.
0

FAKTA MENARIK MENGENAI TELUR..muehehe

1. Cangkang telur terbuat dari karbonasi kalsium, yang juga menjadi bahan antasida. Cangkang telur ini memiliki berat 9-12% berat telur, dan berisi pori-pori yang memungkinkan oksigen, karbon dioksida, dan uap keluar.

2. Menurut Iowa Egg Council, bahan utama putih telur adalah protein yang disebut albumen, dan juga berisi niacin (vitamin B3), riboflavin (vitamin B2), magnesium, potassium, sodium, dan belerang. Putih telur berisi 57% protein telur.

3. Warna kuning telur ditentukan oleh makanan induk ayam. Semakin banyak pigmen kuning dan orange yang dimakan induk ayam, semakin jelas warnanya.

4. Warna lain dalam telur bervariasi dengan usia dan faktor lainnya. Menurut Egg Safety Center, putih telur yang berawan menunjukkan bahwa telur sangat segar. Putih telur jernih menunjukkan telur mulai menua, putih telur berwarna pink atau warna-warni berati telur rusak, dan telur ini tak boleh dikonsumsi.

5. Darah yang kadang terlihat dalam telur berasal dari pecahnya pembuluh darah kecil di kuning telur. Seperti dikutip dari lifelittlemysteries, hal ini tak berarti telur tak aman untuk dimakan.

6. Saat keluar, telur memiliki suhu sekitar 105 derajat Fahrenheit. Ketika dingin, cairan dalam telur berkontraksi, dan membentuk sel udara di antara dua lapisan ujung telur. Anda bisa melihat sel udara itu saat telur rebus dikupas.

7. Rata-rata induk ayam bisa menghasilkan 250-270 telur per tahun.

8. Telur putih disukai sebagian besar Amerika Serikat (AS), tapi telur cokelat lebih disukai di Inggris. Warna induk ayam mengindikasikan warna telurnya. Menurut American Egg Board, tak ada perbedaan signifikan antara warna telur.

9. Butuh waktu 24-26 jam bagi telur agar terbentuk di dalam induk ayam. Pertama, sel telur berkembang menjadi kuning di dalam ovarium. Pada ovulasi, folikel pecah, dan kuning telur dilepaskan ke dalam tabung yang disebut saluran telur. Pada perjalanannya melalui tabung ke rahim, albumen disimpan di sekitar kuning telur, dan kemudian membentuk membran di sekitar albumen. Cangkang terbentuk dalam rahim. Kemudian telur keluar, dan setelah sekitar 30 menit, proses bertelur bisa dilakukan lagi.

10. Sekitar 75 miliar telur diproduksi di AS tiap tahun, yaitu sekitar 10% total telur dunia. Dari jumlah tersebut, 60% digunakan untuk konsumsi, 9% digunakan industri jasa makanan. Sisanya diproses dan digunakan untuk produk seperti mayones, marshmallow dan campuran kue. China merupakan pemasok telur terbesar, memproduksi sekitar 390 miliar telur tiap tahun, sekitar setengah pasokan dunia.

11. Kalkun juga bertelur, tapi Anda tak akan menemukan telur kalkun di toko. Kalkun butuh ruang untuk bersarang, sehingga mereka memiliki naluri keibuan kuat daripada ayam. Alhasil, mengambil telur mereka sulit dilakukan. Dinosaurus juga bertelur, dan terkadang ayah dinosaurus bertanggung jawab ‘menduduki’ mereka, menurut penelitian edisi Desember 2008 jurnal Science.


12. Bahkan, analisa sarang telur dinosaurus lain membantu memecahkan teka-teki kuno. Peneliti Canada melaporkan bahwa telur ada sebelum ayam, karena dinosaurus membentuk sarang dan bertelur jauh sebelum burung (termasuk ayam) ada yang merupakan hasil evolusi dari dinosaurus, menurut penelitian di jurnal Paleontologi 2008
0

TIPS UNTUK ORANG TAK HENSEM..KEH KEH

Tips bagi yg merasa sebagai lelaki tak hensem (maaf ini hanya bergurau, jgn disimpan dalam hati ya bro!)

1. Jangan putus asa, tidak semua orang menilai manusia dari fizikalnya, boleh juga dinilai dari rumahnya, keretanya, pangkatnya, atau wang simpanannya ^^

DONT JUDGE THE BOOK BY THE COVER

2. Jangan salahkan diri anda kalau anda tak hensem, salahkanlah orang tua, kerana hensem itu keturunan.. betul tak??

LIKE FATHER LIKE SON

3. Perbaiki kecantikan dalaman anda, itu kalau anda merasa sisi luar anda memang hampeh.

THE BEAUTY IS UNDER THE SKIN

4. Jgn sakit hati kalau dikatakan tak hensem, buat bodo jer, ingat film Beauty and The Beast kan?

NO GAIN WITHOUT PAIN

5. Jadilah diri anda sendiri, kalau anda tak hensem, bersyukurlah. Mungkin kalau anda hensem
anda akan banyak dosa


JUST BE YOURSELF

6. Kalau orang lain menilai anda tak hensem, jangan ambil hati, penilaian manusia tidak selalu
benar (mungkin anda sebenarnya lebih tak hensem lagi huhu)


THE TRUTH IS OUT THERE

7. Yang cakap – tak hensem itu bergantung kepada alam sekitar anda,misalnya anda disini tak hensem tapi di Afrika boleh jadi paling hensem tu bro, so pindah ke sana jer hehehehe

THE RIGHT MAN IN THE WRONG PLACE

8. Cinta tidak memandang hensem atau tak hensem. Tak percaya? Tanyakan perkara ini kepada orang yang tak hensem…

LOVE IS BLIND
Kalau anda membaca tips ini sampai habis, bererti anda memang merasakan anda tak hensem..
Kalau anda sendiri rasa diri anda tak hensem, apalagi orang lain yang melihat anda….
Jangan menganggap kalau anda merasa tak hensem itu anda low profile,
percayalah..orang lain pun akan setuju dgn pendapat anda
jadi percayalah pada kata hati anda (kalau anda tak hensem)…

Kalau anda tersinggung dengan artikel ini, ini bererti betul.. anda memang tak hensem.
maaf.. cuma bergurau.

Dari admin yang tak hensem :) ISU HANGAT
0

TIDUR DAN BANTAL SALING BERKAIT

Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-


1) Memeluk Bantal




Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.




2) Menggunakan Banyak Bantal




Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.




3) Tidur Dengan Satu Bantal




Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.




4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki




Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.




5) Tidur tanpa Bantal




Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.
0

FAKTA MENARIK MENGENAI ISLAM AGAMAKU

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Islam yang saya petik dari beberapa senarai di intenet.


1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”.

2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita (secara perhitungan matematik). Kata “Lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030

6. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.

7. Pemeluk Islam bertambah 2,9% per tahun. Pertumbuhan ini lebih cepat dibandingkan dengan pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2,3% per tahun.

8. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dianggarkan seramai 15,000 orang yang beragama Islam berkhidmat dalam US Militari ( Stats 1997).

9. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20.000 orang AS masuk Islam setiap tahun setelah peristiwa 9/11

10. Jasad Nabi Muhammad pernah ingin dicuri 2 kali, namun kedua2nya gagal dan salah satu yang mencuri dihilangkan oleh Allah dari bumi
0

CAR HIDUP SIHAT NABI MUHAMMAD S.A.W

Rasulullah SAW selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum Subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat Subuh berjamaah.

Perkara ini memberi banyak hikmah antaranya ialah :
* Berlimpah pahala dari Allah.
* Kesegaran udara Subuh yang bagus untuk kesihatan misalnya untuk terapi penyakit TB.
* Memperkuatkan fikiran dan menyihatkan jiwa.


Dengan bangun pagi, fikiran dan perasaan juga biasanya lebih segar dan rileks. Bangun Subuh juga dapat mencegah stroke dan tekanan darah tinggi yang umumnya kerap terjadi pada waktu itu kerana sempit pembuluh darah. Di luar itu sebenarnya terkait asupan awal yang di terima tubuh, iaitu udara segar.

Waktu Subuh adalah sangat baik kerana kaya oksigen dan relatifnya masih bersih tak dikotori unsur lain seperti asap kenderaan dan perindustrian. Udara yang baik tentu saja berguna untuk metabolisme tubuh dalam beraktiviti untuk sepanjang hari.

2. Minum Air Putih dan Madu
Nabi biasanya bersarapan dengan air putih dan sesudu madu. Dua unsur ini sangat luar biasa manfaatnya. Madu terkena; sebagai penyembuh dan air putih kaya akan mineral yang memenuhi keperluan tubuh akan cairan dan sebagai pencuci hati. Madu juga terkenal sebagai unsur yang dapat membersihkan usus dan mencegah radang.

3. Mencampur Minyak Zaitun
Semasa tengahari ke petang, Nabi juga biasa mencampurkan cuka, minyak zaitun dan roti. Kombinasi makanan ini ternyata dapat menguatkan tulang, mencegah penyakit angin ahmar serta menghancurkan kolesterol jahat dalam tubuh. pada musim dingin, makananan ini sangat baik menjaga kestabilan suhu tubuh.
4.AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN.

Rasulullah SAW sentiasa rapi & bersih, setiap hari khamis atau Jumaát beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

5.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN.
Sabda Rasulullah SAW: “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan) “(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pembelajaran khusus bagi umat Islam dengan adanya Puasa di bulan Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan.

6. GEMAR BERJALAN KAKI.


Rasulullah SAW selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, peluh akan mengalir, paru-paru terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

7. TIDAK PEMARAH.
Nasihat Rasulullah SAWullah: “Jangan Marah” diulangi sampai 3 kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandaskan oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah:

* Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
* Membaca Ta ‘awwudz (A’udzubillahimina asy-syaithonirrojim), kerana marah itu dari Syaitan.
* Segeralah berwudhuk.
* solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan Hati.


8. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.
Sikap optimis akan memberikan kesan psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.


9. TAK PERNAH IRI HATI.
Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa dan mental maka menjauhkan sikap iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Kecuali untuk iri kepada 2 perkara:


* Iri kepada orang yang memiliki harta yang melimpah tapi tidak lokek untuk menafkahkan hartanya dijalan kebaikan.
* Iri kepada orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tapi tidak kedekut untuk mengajarkannya kepada orang lain siapa pun tanpa pilih kasih.


10. Makan Sayur di Malam Hari
Memakan sayuran di malam hari juga di lakukan Rasulullah SAW. Beberapa riwayat mengatakan, Rasulullah SAW selalu memakan al makki dan sanut (jenis sayuran).
Rasulullah SAW biasanya tidak langsung tidur setelah makan malam, melainkan beraktiviti terlebih dulu supaya makanan yang di makan masuk perut dengan cepat dan baik sehingga mudah di cerna, caranya juga boleh dengan solat sunat.
Sabda Rasullulah SAW :

Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah swt dan solat, serta janganlah kalian terus tidur setelah makan kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras (HR Abu Nu’aim dari Aisyah r.a)
Rasulullah SAW sering menyempatkan diri untuk berolahraga. Terkadang baginda berolahraga sambil bermain dengan anak anak dan cucu cucunya. Pernah juga Rasulullah SAW berlumba lari dengan isteri tercintanya Aisyah r.a.

Rasulullah SAW tidak menganjurkan umatnya untuk berjaga malam. Biasanya baginda tidur lebih awal supaya boleh bangun lebih pagi. Istirahat yang cukup diperlukan oleh tubuh kerana tidur termasuk hak tubuh. Terbukti apa yang dilakukan Nabi sangat baik kerana sesuai sesuai dengan ilmu biologi tubuh badan.Jadi kan tidak ada salahnya kita cuba mempraktikkan.

Semoga beberapa tips kesihatan ala Rasulullah SAWullah di atas dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk hidup sihat.(ISU HANGAT)
0

PENDEDAHAN SIAPAKAH JAHANAM HAJJAH SITT AL WAZURA

KLIK LINK INI ISU HANGAT
0

KELEBIHAN SOLAT JEMAAH DI MASJID

1. Sebelum berjalan ke masjid, ketika seseorang berwuduk di rumahnya, bukan berwuduk di masjid, dia telah mendapatkan pahala atas wuduknya.

2. Ketika dia memakai pakaian dan wangi-wangian dengan niat kerana akan masuk masjid, maka dia akan mendapat pahala tersendiri. Kerana Allah SWT telah memerintahkan agar seseorang berhias setiap masuk masjid.

3. Ketika seseorang berjalan ke masjid dengan melangkahkan kaki, maka tiap langkah kakinya itu mendapatkan kebaikan tersendiri yang mendatangkan pahala.

4. Ketika masuk masjid, seseorang akan mendapat pahala bila membaca doa masuk masjid.

5. Masih ketika masuk masjid, dia juga akan mendapatkan pahala ketika melangkah dengan kaki kanannya.
6. Setelah masuk masjid, seseorang akan mendapat kesempatan mendapatkan pahala dari solat tahiyatul masjid.

7. Kemudian ketika seseorang duduk di masjid sambil menunggu datangnya waktu solat, dia sudah dikira melakukan iktikaf bila dia meniatkannya. Menurut mazhab As-syafi’iyah, iktikaf boleh dilakukan asalkan dengan niat dan berdiam di masjid, meskipun hanya sesaat saja.

8. Begitu azan berkumandang, dia juga akan mendapatkan kesempatan mendapatkan pahala tersendiri dengan mendengarkan azan dan menjawabnya.

9. Setelah mendengar azan, dia akan mendapatkan kesempatan mendapatkan kebaikan lagi ketika membaca doa selepas azan.

10. Selesai doa azan, dia akan mendapatkan lagi kesempatan mendapat pahala dengan solat sunnah qabliyah.

11. Setelah iqamat,lalu imam mengatur barisan, dia akan mendapatkan pahala lagi bila ikut memperhatikan imam dan mengatur barisannya agar lurus dan rapat.

12. Pada saat solat jemaah dilaksanakan, dia akan mengikuti semua gerakan imam dengan baik. Kalau imam berdiri, maka dia berdiri, kalau imam rukuk, maka dia rukuk, kalau imam sujud maka dia ikut sujud. Semua tindakannya mengikuti imam itusudah mendatangkan pahala tersendiri.

13. Ketika imam sampai pada bacaan “waladhdhaallin”, maka dia menjawab, “amiin.” Jawaban itu mendatangkan pahala tersendiri.

14. Dia juga akan mendapatkan pahala tersendiri ketika mengucapkan salam ke kanan dan ke kiri, dibandingkan saat solat sendirian di rumah, atau berjemaah di rumah. Kerana salam itu doa untuk orang yang di kanan dan kirinya. Dan kerana di masjid jumlah jemaahnya lebih banyak, maka doa yang akan diterimanya jauh lebih banyak.

15. Selesai solat wajib, dia akan mendapatkan pahala lagi bila membaca beberapa zikir atau doa.

16. Kemudian kesempatan berikutnya lagi adalah ketika dia melakukan solat sunnah ba’diyah solat.

17. Di dalam masjid, dia tentu akan bertemu dengan banyak jemaah solat lainnya. Ketika bertemu dan memberi salam, dia akan mendapatkan pahala tersendiri.

18. Sambil memberi salam, apabila dia juga berjabat tangan, maka dia pun akan mendapatkan pahala tersendiri.

19. Senyumnya kepada sesama saudaranya adalah sedekah. Dan ini akan menambahlagi kesempatannya untuk mendapatkan pahala.

20. Ketika hendak berpisah dengan sesama jemaah di masjid, maka dia akan mendapat pahala bila mengucapkan salam atau membalas salam.

21. Dia juga akan mendapatkan pahala bila diikuti dengan berjabat tangan ketika akan berpisah dengan sesama muslim.

22. Ketika pulang dari masjid, dia membaca doa keluar masjid. Hal itu menambah lagi pahalanya.

23. Di masjid terbuka kesempatan untuk berinfaq, maka bila dia memanfaatkan kesempatan itu, dia akan mendapatkan pahala tersendiri dari berinfaq.

24. Di dalam masjid seringkali digelar khutbah atau majelis ilmu (kultum). Bila dia mendengarkan nasehat dan penyampaian ilmu dengan niat menjalankan perintah Allah SWT dan kerana menuntut ilmu itu wajib hukumnya, maka dia akan mendapatkan kebaikan tersendiri.

25. Ketika keluar, dia melangkah dengan kaki kirinya. Satu lagi tambahan pahala akan didapatnya.

26. Ketika pulang, dia mengambil jalan lain yang tidak sama dengan jalan yang dilalui semasa pergi ke masjid.

Ini adalah sunnah Rasulullah SAW yang tentu mendatangkan pahala tersendiri.

27. Setiap langkah kaki saat pulang dari masjid, maka dia akan mendapatkan pahala lain tersendiri.

Keutamaan solat di Masjid. Tentu ini hanya sebagian kecil dari keutamaan solat berjemaah di masjid.
0

TEKA TEKI TERBAIK 2011

Soalan: Kuih apa yang bungkusnya di dalam, isinya di luar? 
Jawapan: Kuih salah bikin. 


Soalan: Binatang ape power Karate? 
Jawapan: Kuda belang. Cube kira brape black belt dia ade. 


Soalan: Siape yang menemukan dompet kulit? 
Jawapan: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye. 


Soalan: Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak? 
Jawapan: Pintu yang ade tulis 'TARIK


Soalan: Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya? 
Jawapan: Pembohong... 


Soalan: Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'? 
Jawapan: Usus 


Soalan: Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala? 
Jawapan: Kutu rambut 


Soalan: Nenek sape jalannya meloncat-loncat? 
Jawapan: Neneknye si katak 


Soalan: Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila? 
Jawapan: Sbb lelaki ni kan 'buaya' 


Soalan: Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik? 
Jawapan: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan' Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan' 


Soalan: Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson? 
Jawapan: Dua-dua tak kenal korang...hehe 


Soalan : Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas? 
Jawapan: Tukang gali kubur 


Soalan: Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya? 
Jawapan: Tahi hidung 


Soalan: Ape persamaan kain jemuran ngan telefon? 
Jawapan: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat... 


Soalan: Kenape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang? 
Jawapan: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape... 


Soalan: Gajah terbang dengan ape? 
Jawapan: Dengan susah payah...... 


(SYNDROMANIa)
0

AMALAN TERBAIK DAN TERBALIK DI HARI RAYA AIDILFITRI 2011

AMALAN TERBAIK DI PAGI SYAWAL

1. Mengucapkan Takbir.
2. Bertahmid dan Berzikir
3. Solat Sunat Aidil Fitri
4. Bersalam-salaman memohon maaf
5. Menziarahi Kubur
6. Ziarah-menziarahi sesama jiran,saudara-mara dan sebagainya.
7. Menyediakan juadah
8. Bersedekah


AMALAN TERBALIK DI AIDIL FITRI

1. Bermegah-megah dengan persiapan hari raya yang melampau dari segi pakaian, dekorasi rumah, menu dan sebagainya yang menyebabkan pembaziran berleluasa.

2. Bersalam antara lelaki dan wanita ajnabi. Contoh paling senang bersalam sesama adik beradik ipar,biras,sepupu,2 pupu dan lain-lain.

3. Beria-ia solat sunat Hari Raya tetapi tidak solat Subuh (lambat bangun sebab malam raya overnight) dan Zuhur (sibuk beraya, marhaban dan sebagainya)

3. Tabarruj (melampau dalam berhias) bagi wanita. Baju kurung harga beratus der..Tudung OG dan CT style sehingga tidak tutup leher.

4. Tidak mengutamakan menziarahi jiran,saudara-mara,rakan taulan tapi sibuk menonton TV di rumah.Banyaknya cerita program nyanyian dan filem dari Hari Raya pertama sampai ketujuh.

5. Makan berlebihan. Lepas makan, tengok TV, lepas tu makan, tengok TV, makan, tengok TV. Seperti nak balas dendam sebulan berpuasa.

6. Minta maaf bermusim, hanya pada hari raya sahaja.

7. Raya sebulan sehinggakan terlupa untuk berpuasa enam dalam bulan Syawal. Padahal dalam Islam, raya aidilfitri hanya sehari sebab itu hanya 1 Syawal diharamkan berpuasa sedangakan hari raya kedua dan seterusnya sudah boleh berpuasa sunat.

8. Malu nak beraya jika tidak tuan rumah tidak buat open house, rasa macam terhegeh-hegeh.
Sambung-sambung jika ada…
0

LOKASI SPEEDTRAP LEBUHRAYA AIDILFITRI 2011

Kawasan speedtrap yang dikenalpasti daripada lokasi-lokasi diaorang lepak sebelum ini. Jangan memecut di lebuhraya di hari raya ni.PDRM pun bukannya nak sangat saman kita, cuma nak displinkan kita supaya dapat berhari raya dengan orang tersayang.
Sayang duit buat bayar duit saman, baik beli lemang.

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang


Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 – Km 249 (Persimpangan Seremban – Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul betul di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul betul di exit Sedenak


Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul betul di exit Bukit Lanjan
3- Betul betul dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul betul di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul betul di exit Shah Alam


KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul betul di exit Hicom


ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 – Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul betul di bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ


JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang – Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan
kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

(ISU HANGAT)
0

AYAT DOUBLE MEANING.FAHAMILAH ANAK BANGSAKU

Dapat KASIH SAYANG dari TUHAN hidup dalam KEBERKATAAN,
Dapat KASIH SAYANG dari BONDA AYAHANDA hidup dalam KETENANGAN,
Dapat KASIH SAYANG dari KELUARGA hidup dalam KEMESRAAN,
Dapat KASIH SAYANG dari SUAMI / ISTERI hidup dalam KECINTAAN,

Dapat KASIH SAYANG dari KAWAN KAWAN hidup dalam KEHARMONIAN,
Dapat KASIH SAYANG dari MASYARAKAT hidup dalam KEMUAFAKATAN,
Dapat KASIH SAYANG dari PEMERINTAH hidup dalam KEDAMAIAN


~ Siapakah wanita cantik itu ?

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .

~> Jadilah wanita cantik itu :)





★ Jika mereka sibuk mencari KECINTAAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEIMANAN . .

★ Jika mereka sibuk mencari PASANGAN . .
Biarlah kita sibuk mencari KEREDHAAN . .
.........
★ Jika mereka menangis kerana kecewa BERCINTA . .
Biar kita mengangis kerana mengingati dosa-dosa . .

★ Jika mereka cintakan kemanusiaan . .
Biar kita cintakan TUHAN..
0

RAMAI LAGI YANG MASIH TAK TAHU BENDA INI

Adakah anda tahu 11% manusia di seluruh dunia adalah kidal
Adakah anda tahu bulan Ogos mempunyai peratusan tertinggi kelahiran
Adakah anda tahu melainkan jika makanan yang bercampur dengan air liur anda tidak boleh merasainya
Adakah anda tahu purata mnusia boleh tertidur dalam 7 minit
Adakah anda tahu beruang mempunyai 42 gigi


Adakah anda tahu mata burung unta adalah lebih besar daripada otaknya
Adakah anda tahu bahawa kebanyakan gincu mengandungi sisik ikan
Adakah anda tahu tiada emping jagung yang kelihatan sama
Adakah anda tahu lemon mengandungi gula lebih daripada strawberi
Adakah anda tahu 8% manusia mempunyai tulang rusuk tambahan


Adakah anda tahu 85% daripada tumbuhan yang ditemui di lautan
Adakah anda tahu tiada perkataan dalam Bahasa Inggeris yang seakan-akan angel, angst, breadth, bulb, depth, eighth, month, ninth, orange, purple, scalp or twelfth
Adakah anda tahu nama asal Ralph Lauren ialah Ralph Lifshitz


Adakah anda tahu arnab menggemari likuoris(licorice)
Adakah anda tahu abjad Hawaiian mempunyai 12 huruf
Adakah anda tahu 'Topolino' adalah nama untuk Mickey Mouse Itali
Adakah anda tahu darah udang kara tidak berwarna tetapi apabila terdedah kepada oksigen menjadi warna biru


Adakah anda tahu armadillos mempunyai 4 bayi pada satu-satu masa dan semua jantina yang sama
Adakah anda tahu rusa menggemari pisang
Adakah anda tahu penerbangan yang paling lama dicatatkan ayam adalah 13 saat
0

CERITA NI BUAT GUA GELAK SAMPAI BINI GUA TERSEDAR

Ajoi mempunyai hobi memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa si pencuri sudah keterlaluan, Ajoi pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.

Ajoi : "Siapa disini yang ada burung?" Seluruh penduduk laki-laki
segera berdiri. Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, Ajoi
menambah "bukan itu maksud saya". Lalu di ajukan soalan yang lain.......

"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?" Maka seluruh penduduk wanita berdiri. kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah dia menyambung, "maaf, bukan itu maksud saya".

Sekali lagi dia bertanya, "maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"? Separuh penduduk wanita berdiri.

Muka Ajoi makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi, "maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung saya?"

Lalu, Isteri Ajoi pun pun berdiri(source)
0

WEBSITE ULTRAS MALAYA DIHACKED OLEH PENGGODAM SINGAPORK

Jikalau sebelum ini ianya dilihat yang mana beberapa laman Singapura diserang, beserta dengan pengubahan pada halaman WikiPedia Singapura, kini laman Malaysia pula menjadi mangsa, dimana laman penyokong tempatan, iaitu UltrasMalaya.net digodam oleh pengodam Singapura.

Melalui halaman UltrasMalaya, pengodam meninggalkan pesanan, dimana laman tersebut telah digodam berikutan dengan para penyokong tempatan yang telah mengodam beberapa laman Singapura, lanjutan daripada perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Singapura baru-baru ini.

Buat masa ini, laman UltrasMalaya tidak dapat diakses, dan mungkin dalam proses mengembalikannya semula
.(AMANZ)


0

ULAMAK vs PRAMUGARI..KISAH BENAR



Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapalterbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing
basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Pramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki
ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.


Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?
Pramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali
dalam sehari.
Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.
0

SAUDARA SEAGAMAKU BERLINDUNG DI GEREJA

xmau ckap banyak,korg juz click link ini.MYNEWSHUB..
0

ADIK ANGKAT GUA JADI PERMATA DI AMERIKA SYARIKAT

VIDEO

KUALA LUMPUR – Di saat Malaysia ketandusan pemain sehebat bintang Argentina, Lionel Messi, licik seperti bintang Portugal, Christiano Ronaldo atau mantap seperti bintang Brazi, Ronaldinho, Wan Kuzain Wan Kamal, 13, merupakan ‘sebutir permata’ yang menyinar di negara orang.

Dilahir dan dibesarkan di Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain digelar ‘Malaysian Wonder Kid’ apabila mempamerkan kelincahan sehebat Ronaldo, kawalan bola sesempurna Messi dan mampu merancang permainan sehandal Ronaldinho di laman Youtube.

Menonton sendiri aksi Wan Kuzain di padang melalui youtube, meremang bulu roma penulis dengan persembahannya mengelecek rakan-rakan ‘mat saleh’ sebaya yang lebih besar fizikal tubuh badannya dan menjaringkan gol-gol menarik!

Timbul persoalan di dalam benak penulis, apakah budak ini merupakan masa depan bola sepak negara yang sering tumpul dan terkandas di awal atau pertengahan jalan menuju ke pentas antarabangsa, Piala Dunia?
Sayangnya, meskipun Wan Kuzain Wan Kuzain yang lahir pada September 1998, berasal-usulkan dari negara ini, ‘permata’ itu berkilauan di negara orang, apatah lagi ia jauh nun di negara termaju dunia, Amerika Syarikat.

Apa kata kalau Persatuan Bolasepak Kebangsaan (FAM) secara serius menghubungi ibu bapa kanak-kanak ini untuk bekerjasama dan menjadikannya sebagai anak angkat persatuan itu?

Penulis berpendapat, kanak-kanak istimewa ini tidak punya banyak masalah untuk digilap FAM untuk mewakili negara pada masa akan datang dan dia sangat berpotensi untuk menjadi seorang lagi lagenda bolasepak negara selepas SuperMokh, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Mengenai status kewarganegaraan, penulis percaya bahawa Wan Kuzain berstatus warganegara Malaysia memandangkan ayahnya Wan Kamal berasal dari negara ini dan cuma menetap di AS setelah mengahwini seorang wanita warga negara itu.

Lagi pun, tentunya tidak menjadi masalah bagi pihak Kerajaan untuk memberikan kewarganegaraan kepada Wan Kuzain sekiranya kanak-kanak hebat ini berpotensi untu mengharumkan nama negara ini di peringkat akan datang.

Seharusnya, Wan Kuzain dibiarkan meneruskan kehidupannya di AS untuk pendedahan yang lebih banyak dan mungkin FAM mampu menguruskan agar kanak-kanak ini dilatih oleh mana-mana kelab gergasi bolasepak dunia yang lebih sempurna latihan, peralatan dan kepakaran jurulatihnya.

Setelah Wan Kuzain meningkat remaja dan mencecah umur 18 tahun, bolehlah FAM berkira-kira untuk membawanya pulang ke Malaysia untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan, Harimau Malaya, dan mewakili negara.

Penulis berpendapat, peminat-peminat bolasepak negara tidak mahu lagi melihat persembahan skuad kebangsaan terbantut dipertengahan jalan sedangkan prestasi Malaysia cukup membanggakan di era Allahyarham Mokhtar Dahari dahulu.

Ketika itu, lagenda bolasepak dunia, Maradona begitu mengkagumi kehebatan SuperMokh dan pasukan kebangsaan kita, malah pasukan bolasepak Korea Selatan kerap diperbudak-budakkan oleh Allahyarham serta rakan-rakannya.

Namun kini, prestasi Korea Selatan jauh meninggalkan Malaysia di mana pasukan kebangsaan negara itu bukan saja layak ke Piala Dunia, malah mereka pernah berjaya ke peringkat separuh akhir memburu piala menjadi rebutan dunia empat tahun sekali itu.

Kita pernah mengharapkan Titus James Palani yang akhirnya menghilangkan diri dan negara ini pernah terlepas peluang untuk mengikat Shaun Maloney, yang merupakan seorang warga Malaysia yang kini bermain untuk kelab Celtic dan pasukan Kebangsaan Scotland, serta merupakan bekas pemain Aston Villa.
Apakah kita juga akan kehilangan sebutir lagi ‘permata’ untuk mengharumkan nama Malaysia sebagai
sebuah pasukan bola sepak Asia yang paling digeruni di peringkat dunia seperti Korea Selatan, Iran, Jepun dan Australia? Itu FAM kena jawab.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN
0

KISAH NI BUAT GUA BERSYUKUR JADI RAKYAT MALAYSIA

Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.

Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya.

Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.


Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun dia tetap berjuang.

Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.

Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.

Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.

Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da
”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”


Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,
”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”

Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.

Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.

Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.(ISU HANGAT)
0

GEMPAR!!IDENTITI BLOGGER HAJJAH SITT AL-WUZARA TERDEDAH

click link nih;MELAYUKINI
click link nih;BRO JINGGO

full kredit to hacker malaysia..gua salute lu;GAYSEC
0

10 Alasan Popular Wanita Yang Tak Mahu Menutup Aurat

Pernah tak korang nasihat dan tegur kawan-kawan korang yang tidak menutup aurat & apa pulak alasan yang   selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu & untuk itu saya kongsikan 10 alasan popular tu. Tujuan post kali adalah sekadar untuk memberi teguran & renungan.

muslimah
 
  1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke - Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk  neraka.
  2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
  3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 
  4. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
  5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.                                                                                     
  6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
  7. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
  8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
  9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 
  10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. (SYNDROMANIA)

p/s - Sekadar memberi teguran tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita & dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan
0

MENGHANCURKAN UMNO?POLITICS IS SUCKS

Menghancurkan UMNO

 
1.Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.

2. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.
4. Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.
5. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6. Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.
7. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.
8. Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?
9. Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya.
10. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

11. Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.
12. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.
13. Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.
14. Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

15. Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.
16. Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

17. Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

18. Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

19. Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.
20. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.
21. Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.

22. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat.

23. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.
24. Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.



Dipetik daripada blog Che Det (Tun Dr Mahathir Mohamad)
0

TEMPAT LAHIR GUA SAMBUT ULANG TAHUN KE-66 DIBOM TENTERA BERSEKUTU

HIROSHIMA: Bandaraya Hiroshima hari ini memperingati ulang tahun ke-66 peristiwa tempat itu dibom pada ketika negara berkenaan berdepan bencana akibat teknologi atom apabila loji di Fukushima mengalami kerosakan selepas dilanda tsunami.

Kawasan itu yang menjadi sasaran pertama bom atom pertama di dunia bertafakur sejenak pada jam 8.15 pagi tadi, masa bom itu dijatuhkan pada 6 Ogos 1945 oleh Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua.

Bom itu memusnahkan kebanyakan bandaraya itu dan menyebabkan 140,000 orang terkorban.

Bom atom kedua yang dijatuhkan pada 9 Ogos tahun yang sama di Nagasaki menyebabkan puluhan ribu orang maut dan memaksa Jepun menyerah diri.

Perdana Menteri, Naoto Kan meletakkan kalungan bunya di Taman Keamanan Hiroshima dan mengulangi berjanji untuk tidak mengulangi mimpi ngeri Hiroshima, yang masih mengalami kesan penyakit dari generasi ke satu generasi
. - AP & BH
0

SUBHANALLAH.CARA MUDAH CARI JUZUK DALAM AL QURAN

~special credit to lokman~

Assalamualaikumwbt
Salam sejahtera
Selamat menjalani ibadah puasa.
For sharing.


Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba....!






Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?


Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182


Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442


(kredit to carigold)


Kesimpulannya~
juzuk - 1 = n
n x 2 = m
kemudian letak angka dua (2) di hadapan m
~renung-renungkan, dan selamat beramal..~


Subhanallah, memang menakjubkan. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...Wallahualam.
 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR