0

UNTUKMU WALAUPUN KITA BERPISAH

✿~ Andai kehadiranku punca GOYAHNYA IMANMU, maafkan aku..

✿~ Andai kehadiranku punca HATIMU MERANA, maafkan aku..

✿~ Andai kehadiranku punca LALAINYA HATIMU, maafkan aku..

✿~ Andai kehadiranku punca LEMAH dan BERKURANGNYA SEMANGAT mujahadahmu, maafkan aku..

Sungguh,itu semua BUKANLAH NIATKU..

-->Ya Allah,ku akui KELEMAHAN dan KESILAPANKU..Andai pernah diriku menjadi PUNCA jauhnya seseorang hamba daripadaMu,AMPUNIKU ya Allah.



Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah.

>>Tapi...

Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah.(◕‿◕)

Pilihlah cinta SELEPAS nikah.
Kenapa?Kerana ia cinta yang suci.
Diikat dengan ikatan sehidup semati.

Wahai lelaki,jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya.
Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia (^‿^).

Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina.
Kamu kan ada kuasa menolak.

Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia--> "WANITA SOLEHAH", tenang rumahtangga (^‿^).

♥ NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah ツ.
0

KENAPA PEREMPUAN TUTUP AURAT DIE...-.-

Dia nk tutup aurat… … .
Dia jage maruah… … … ..
Dia x nak tunjuk kecantikan dier… … … … ..
Dia seorang yg pandai… … … .
Dia anak solehah… … … .

Dia dengar cakap mak ayah dia… … …
Dia hormati orang lain… … ..
Dia takut bile dier x pakai tudung orang tgk dia cantik… … dan ade niat x baik… … … …
Dia x nk diminati ramai laki sgt… … ..
Tak nak menyusahkan org lain… … ..

Dapat pahala… … … …
Dapat menghindari dari maksiat… … … .
Supaya menjadi contoh pada perempuan lain… … ..

supaya lelaki yg beriman jer yg suke kat dier… … ..
Mendengar suruhan Allah… … .
Rambut perempuan adalah mahkota baginya… … … jd jgn sewenang2nye menunjuk kpd laki … kerana jika nada menunjuk anda tidak bernilai kerana mahkota anda telah dilihat oleh sume laki… … … ..(kecuali kuarga)

Dapat megurangkan nafsu laki… … .
Sebab patuh pada suami… … …
Sebab… … banyak lg sebab… … fikirkanlah… … … ..
0

MATEMATIK DALAM AL QURAN..ALLAHU AKBAR

Dr Tariq Al Swaidan menemukan beberapa ayat dalam Al-Quran yang menyebutkan satu hal yang sama dengan yang lain, iaitu jumlah kata-kata untuk laki-laki dan perempuan equal.

Although ini masuk akal secara matematik, fakta mengejutkan adalah bahawa jumlah kali kata orang muncul dalam Quran adalah 24 dan berapa kali muncul kata wanita juga 24, oleh kerana itu tidak hanya ini ungkapan yang benar dalam pengertian gramatikal tetapi juga benar secara matematik: 24 = 24.

Setelah analisis lebih lanjut berbagai ayat, ia menemukan bahawa ini adalah konsisten sepanjang turun Quran, di mana ia mengatakan satu hal seperti yang lain. Lihat di bawah untuk mendapatkan hasil menakjubkan: –

Jumlah perkataan di dalam Al-Quran:

Dunia 115 . Akhirat 115
Malaikat 88 . Syaitan 88
Hidup 145 . Mati 145
Manfaat 50 . Korup 50
Manusia 50 .Rasul 50
Iblis 11 . Carilah perlindungan dari Iblis 11


Musibah 75 . Terima kasih 75
Sedekah 73 . Kepuasan 73
Orang yang disesatkan 17 . Orang Mati 17
Muslimin 41 . Jihad 41
Emas 8 . Kehidupan senang 8


Magik 60 . Fitnah 60
Zakat 32 .Barakah 32
Fikiran 49 . Cahaya 49
Tongue 25 . Sermon 25


Berani 8 . Takut 8
Public speaking 18 . Publicising 18
Hidup susah 114 . Bersabar 114


Lelaki 24 . Perempuan 24

Dan cukup luar biasa kita lihat berapa kali kata-kata berikut muncul: – Solat 5; 12 Bulan; Hari 365;
Laut 32, Tanah 13; Laut + tanah = 32 13 = 45% Laut = 32/45 * 100 = 71,11111111%


Tanah = 13/45 * 100 = 28,88888889 = 100.00
Ilmu pengetahuan moden baru-baru ini membuktikan bahawa air meliputi 71,111% dari bumi, sedangkan tanah meliputi 28,889%. Adakah ini suatu kebetulan?


Siapa yang mengajar Nabi Muhammad (saw) semua ini?
Allah, Yang Maha Kuasa Semua mengajarnya ini. Sebagaimana Quran mengatakan kepada kita


Wallahualam,
0
Wanita ibarat kaca yang berdebu

Dia ibarat kaca yg berdebu,jgn terlalu keras membersihkannya nanti dia mudah retak dan pecah

Dia ibarat kaca yg berdebu,jgn terlalu lembut membersihkannya nanti dia mudah keruh dan ternoda

Dia bagai permata keindahan,sentuhlah hatinya dgn kelembutan

Dia sehalus sutera di awan jagalah hatinya dgn kesabaran

Lemah lembutlah kepadanya namun jgn terlalu memanjakannya,tegurlah bila dia bersalah namun jgn kau lukai hatinya



Ade ke wanita jenis macam ni ??

❤ =aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku melabuhkan jilbabku,
berusaha menutup sempurna auratku,

❤ =aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku perlengkapkan diriku dengan ajaran agama,
agar dapat membezakan antara yang benar dan salah,

❤ =aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku hadkan pergaulanku dengan yang bukan mahramku,

❤ =aku tak mahu suamiku berdosa..
lantas aku menjaga diri agar terhindar dari fitnah manusia,

❤ =aku tak mahu suamiku berdosa..
kerana aku sayangkan suamiku dan tak mahu suamiku terhumban ke neraka jahanam kerana diriku,

❤ = aku tak mahu suamiku berdosa..
kerana aku


Jodoh dr Syaitan --->Berkenalan...bercinta blandaskn nafsu..maksiat & kahwin

Jodoh dr Jin --->Berkenalan...suke tp cinta x di balas

Jodoh dr Allah --->Bertentangan mata..terus ke menusuk ke kalbu..meminang & pinangan di trime..bernikah..insyaAllah berkekalan hingga ke akhir hayat...& itulah dikatakan SYURGA CINTA ❤
0

MUTIARA KATA PALING HOT DIRELEASEKAN..

"Jika kau menghampiri ALLAH dengan merangkak,
maka ALLAH Menghampiri dengan Berjalan.

Jika kau menghampiri ALLAH dengan berjalan,
maka ALLAH Menghampirimu dengan Berlari.

Jika kau menghapiri ALLAH dengan berlari,
maka ALLAH akan Menghampirimu secepat kilat."

Sesungguhnya kecintaan ALLAH kepada hambanya melebihi kecintaan seorang ibu pada bayinya..



••►Duhai sahabat,Letakkanlah CINTA ALLAH mendahului cintamu yang lain,kerana hanya Allah yang menaburkan benih cinta kamu kepada insan yang kamu cintai..

••► Duhai sahabat,JANGAN kau sia-siakan USIA remajamu dengan duri-duri maksiat kerana nanti dihujungnya kau pasti KECEWA.. ...

••► Duhai sahabat,Berusahalah jadi yang SOLEHAH jika kau mahukan yang SOLEH dan berusahalah jadi yang baik untuk BERTEMU dengan yang lebih baik...


Jangan menunggu bahagia baru tersenyum
Tapi tersenyumlah,maka akan bahagia

Jangan menunggu kaya baru bersedekah
Tapi bersedekahlah,maka semakin kaya

Jangan menunggu cinta baru berta’aruf
Tapi berta’aruflah, nsya Allah cinta hadir dalam ridhaNya

Jangan menunggu pasangan yang sempurna baru berkahwin
Tapi berkahwinlah,maka insya Allah kesempurnaan akan hadir dalam hidupmu..♥


KAHWIN HANTARAN MURAH ♥ "Ish!murahnya hantaran dia,ni mesti sengkek ni!"

KAHWIN HANTARAN MAHAL ♥ "Ish!mahalnya?nak jual anak apa?"

KAHWIN UMUR MUDA ♥"Ish! muda-muda dah kawen,ini mesti ade buat benda tak baik ni...tah-tah dah termengandung!"

KAHWIN UMUR LAMBAT ♥"Ish!dah tua baru nak kawen,tu la muda-muda tak nak kawen,org da beranak-pinak dia br nak kawen...tak laku kot!"

KAHWIN BUAT MAJLIS KECIL ♥ "Ish! ni kawen ke ape?Kedekutnya,makanan pun ntah pape bukan selalu,buatlah besar sket!"

KAHWIN BUAT MAJLIS BESAR ♥ "Ish! besarnye majlis...Kalah anak sultan



0

112 WAYS..SAYA SAYANG AWAK...(>,<)

English - I love you
Afrikaans - Ek het jou lief
Albanian - Te dua
Arabic - Ana behibak (to male)
Arabic - Ana behibek (to female)
Armenian - Yes kez sirumen
Bambara - M'bi fe


Bangla - Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian - Ya tabe kahayu
Bisaya - Nahigugma ako kanimo
Bulgarian - Obicham te
Cambodian - Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese - Ngo oiy ney a
Catalan - T'estimo
Cheyenne - Ne mohotatse
Chichewa - Ndimakukonda


Corsican - Ti tengu caru (to male)
Creol - Mi aime jou
Croatian - Volim te
Czech - Miluji te
Danish - Jeg Elsker Dig


Dutch - Ik hou van jou
Esperanto - Mi amas vin
Estonian - Ma armastan sind
Ethiopian - Afgreki'
Faroese - Eg elski teg
Farsi - Doset daram
Filipino - Mahal kita
Finnish - Mina rakastan sinua
French - Je t'aime, Je t'adore
Frisian - Ik hâld fan dy


Gaelic - Ta gra agam ort
Georgian - Mikvarhar
German - Ich liebe dich
Greek - S'agapo
Gujarati - Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon - Palangga ko ikaw
Hawaiian - Aloha Au Ia`oe (Thanks Craig)
Hebrew - Ani ohev otah (to female)
Hebrew - Ani ohev et otha (to male)


Hiligaynon - Guina higugma ko ikaw
Hindi - Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong - Kuv hlub koj
Hopi - Nu' umi unangwa'ta
Hungarian - Szeretlek
Icelandic - Eg elska tig
Ilonggo - Palangga ko ikaw


Indonesian - Saya cinta padamu
Inuit - Negligevapse
Irish - Taim i' ngra leat
Italian - Ti amo
Japanese - Aishiteru


Kannada - Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan - Kaluguran daka
Kiswahili - Nakupenda
Konkani - Tu magel moga cho
Korean - Sarang Heyo
Latin - Te amo


Latvian - Es tevi miilu
Lebanese - Bahibak
Lithuanian - Tave myliu
Malay - Saya cintakan mu / Aku cinta padamu
Malayalam - Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese - Wo ai ni
Marathi - Me tula prem karto


Mohawk - Kanbhik
Moroccan - Ana moajaba bik
Nahuatl - Ni mits neki
Navaho - Ayor anosh'ni
Norwegian - Jeg Elsker Deg
Pandacan - Syota na kita!!


Pangasinan - Inaru Taka
Papiamento - Mi ta stimabo
Persian - Doo-set daaram


Pig Latin - Iay ovlay ouyay
Polish - Kocham Ciebie
Portuguese - Eu te amo
Romanian - Te iubesc
Russian - Ya tebya liubliu
Scot Gaelic - Tha gra\dh agam ort


Serbian - Volim te
Setswana - Ke a go rata
Sign Language - ,\,,/ (represents position of fingers when signing'I Love You')


Sindhi - Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux - Techihhila
Slovak - Lu`bim ta
Slovenian - Ljubim te
Spanish - Te quiero / Te amo
Swahili - Ninapenda wewe
Swedish - Jag alskar dig
Swiss-German - Ich lieb Di
Surinam - Mi lobi joe


Tagalog - Mahal kita
Taiwanese - Wa ga ei li
Tahitian - Ua Here Vau Ia Oe
Tamil - Nan unnai kathalikaraen
Telugu - Nenu ninnu premistunnanu


Thai - Chan rak khun (to male)
Thai - Phom rak khun (to female)
Turkish - Seni Seviyorum
Ukrainian - Ya tebe kahayu
Urdu - mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese - Anh ye^u em (to female)
Vietnamese - Em ye^u anh (to male)


Welsh - 'Rwy'n dy garu di
Yiddish - Ikh hob dikh
Yoruba - Mo ni fe
0

ENTRY SPECIAL EDITION UNTUK KAUM HAWA

Strategi Pertama – Menghilangkan hijab(penutup)

Perubahan zaman dan budaya manusia menyebabkan pakaian lebih berfesyen dan semakin banyak baju yang merendahkan aurat. Pada tahap ini syaitan berbisik kepada wanita dengan berkata bahawa pakaian hanyalah sekadar hiasan dan tiada berpengaruh dengan agama. Justeru itu, tidak mengapa sekiranya memakai pakaian yang membuka aurat. Namun, teknik ini tidak semestinya berkesan terutama kepada wanita yang berpendirian dan percaya bahwa memakai pakaian syar’i ialah satu ibadah dan bukan sekadar berfesyen. Jika hasutan ini gagal, syaitan akan beralih kepada strategi yang lebih licik seperti di bawah.

Strategi Kedua – Membuka bahagian tangan

Aurat wanita meliputi seluruhnya kecuali muka dan tapak tangan. Seharusnya menjadi kebiasaan tapak tangan tidak ditutup. Jadi, syaitan mengambil kesempatan ini untuk menghasut wanita dengan berkata {tak mengapa jika memakai baju lengan pendek….kamu masih pakai tudung..}. Di pasaran pula banyak pakaian berlengan pendek terutamanya fesyen baru. Wanita yang terpedaya pun memakai baju lengan pendek dan ternyata ia kelihatan biasa pada pandangannya maupun pandangan seorang lelaki, lalu syaitan berbisik lagi {tidak mengapa kan..?}

Strategi Ketiga – Membuka leher dan dada

Setelah menjadi kebiasaan merendahkan sebagian lengan, datang lagi syaitan dan berbisik {tak mengapa kan membuka lengan…sekarang ada fesyen baru yang merendahkan bagian dada..baju ini terbuka sedikit saja agar kamu tidak terasa panas…orang pasti berkata biasa saja…} Wanita itupun memakailah baju tersebut, daripada merendahkan sedikit, sehingga yang nampak lagi bahagian dadanya.

Strategi Keempat – Berpakaian tetapi bertelanjang

Tidak cukup dengan itu, syaitan membawa lagi idea baru. Kali ini syaitan berbisik {baju kamu itu dah biasa …dah ramai orang yg pakai…sekarang ini ada fesyen baru lagi…baju ini tipis dan ketat saja..boleh kamu tunjukkan bentuk badan kamu yang cantik itu..tidak apa-apa, sebab potongan baju ini masih panjang…} Maka wanita ini pun memakai baju berfesyen sebegitu sehingga menjadi kebiasaan malah baju yang dipakai semakin ketat dan jarang. Jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai kasiyat ‘ariyat (berpakaian tetapi telanjang)

Strategi Kelima – Membuka sedikit

Setelah memakai pakaian ketat dan jarang, datang lagi syaitan dan berbisik {susah la kalau kamu pakaian ketat semacam ini…bergerak pun terasa terbatasi…apa kamu cuba kain yang telah dibelah sampai ke lutut…nanti lebih senang kamu untuk duduk..tidak mengapa kamu rendahkan sedikit saja yang penting kamu selesa…} Maka dipakailah pakaian wanita yang terbelah. Ternyata ia memberi keluasan dan memudahkan dlm bergerak

Strategi Keenam – Membuka telapak kaki dan tumit

Syaitan berbisik lagi {sudah tak sesuai lagi kamu berpakaian ini…kain ini masih bagus walaupun dibelah hingga lutut…kamu potong aja lagi hingga diatas tumit…kamu pendekan kain ini sehingga atas tumit akan memudahkan km berjalan..} Wanita terus mengikuti godaan syaitan ini dan memakai kain singkat serta ditambah pula dengan kasut tumit tinggi.

Strategi Ketujuh – Membuka separuh betis

Sekarang, wanita ini sudah biasa memakai kain singkat dan ternyata masih kelihatan biasa pada pandangan orang. Syaitan berbisik lagi {fesyen kamu ni masih biasa saja…orang macam tak kisahkan…apa kata kamu cuba fesyen lain yang lebih menonjol..di pasaran banyak kain skirt..tak perlu beli yang sangat pendek …yang separuh betis saja..} Sekarang ni syaitan sudah menjadi seperti penasihat peribadinya. Maka dituruti hasutan tersebut. Pada tahap ini tudung sudah tidak dipakai.

Strategi Kelapan – Membuka seluruh betis

Wanita ada terfikir { Betulkah tindakan aku ni? Apakah tidak berselisih dengan wanita zaman nabi dulu ? } Syaitan pula menggunakan muslihat dengan mengaitkan zaman dahulu dengan sekarang. Syaitan berkata {AH!! tidak…sekarang zaman dah berubah..dulu lelaki tak suka kalau perempuan menampakkan auratnya, tetapi lelaki sekarang banyak yang suka… yang seksi-seksi terutama, mesti tidak terlalu seksi tp terbuka sedikit…di pasaran banyak pakaian zaman sekarang yang menampakkan seluruh betis….kalau kamu tidak ikut kamu akan ketinggalan zaman..} Maka pakailah wanita tersebut pakaian yang menampakkan seluruh betis.

Strategi Kesembilan – Serba mini

Setelah pakaian menampakkan seluruh betis menjadi kebiasaan, datang lagi syaitan menghasut {pakaian kamu perlu ada variasi. Jangan pakai yang seperti itu saja..kamu perlu pakai skirt mini…kamu akan nampak lebih seksi dan menawan..} Maka pakailah wanita ini skirt mini malahan bukan skirt saja yang mini, bajunya, skirtnya, semuanya dah menjadi kecil dan seksi. Bajunya juga sudah bervariasi seperti berlengan pendek, merendahkan sebagian dada dan sebagian pehanya. Ada yang dikhaskan untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam dan sebagainya.

Strategi Kesepuluh – Hampir semua terbuka

Muncul pula keinginan untuk mandi di kolam renang terbuka dan pantai. Syaitan berbisik {pakailah kamu bikini..semua di sana pakai baju itu…kamu tak perlu malu ..} Wanita ini pun tanpa segan lagi memakai bikini yang hanya menutup sebagian dada dan pahanya. Dia pun bersuka ria terutama apabila semua lelaki memandangnya. Pada tahap ini auratnya sudah tidak diendahkan lagi.

ISU HANGAT
0

LAWAK AJOI MEMANG INTERNASIONAL..SALUTE..kih3

Ajoi dan Sumardi sedang berborak dan macam biasa kalau tak bertekak bukan Ajoi dan Sumardi ler tu…Kali ni Ajoi mengatakan kepada Sumardi bahawa satu Malaysia kenal dia.




Ajoi: Siti Nurhaliza pun kenal aku …!

Sumardi: Tipulah endok.. cuba kau buktikan

Selesai konsert, Ajoi dan Sumardi pergi ke belakang stage jumpa Dato Siti Nurhaliza. Ternyata Dato Siti memang kenal dengan Ajoi…Siap main cubit-cubit lagi

“Saya memang suka la lawak you tu Ajoi…kira saya peminat awak la nombor satu tau”

Sumardi terkesima tapi dia masih belum pasrah..

Sumardi: Ala tu kebetulan jer.. cuba ko cakap lagi siapa orang terkenal yang kenal ko..

Kebetulan Tan Sri Syed Mokhtar lalu dan Ajoi pun menyapa ..”Tan Sri..! lama tak jumpa!”
Tan Sri Mokhtar: “Ohh Ajoi, saya nak balik ni. Jom la datang rumah, borak-borak minum kopi”
Ajoi: Terima kasih Tan Sri, tapi hari saya bz sikit…

Sumardi tercengang namun masih tidak puas hati..
Ajoi: Hah! Lu tengok..kan aku dah cakap.
Sumardi: Ok Joi.. kalau lu memang terkenal satu Malaysia, tentu DS Najib pun kenal!

Ajoi: Ok jom kita tengok dia berucap kat stadium tu..
Sumardi: Ok.. (takkan kenal kot..)

Selepas setengah jam menunggu, kemudian tepuk tangan kedengaran gemuruh selepas DS Najib selesai berucap.

Ajoi tiba-tiba meluru dan bersalam dengannya. Yang memeranjatkan Sumardi ialah DS pun berjabat tangan tak lepas-lepas sambil main cucuk-cucuk pinggang lagi. Lepas tu sambil letak kat bahu Ajoi, mereka turun dari stage.

Lepas tu, Ajoi pun mendapatkan Sumardi tapi dia tengok Sumardi pengsan. Selepas membuat CPR…(buwek) Sumardi pun sedar.

Ajoi: La.. pesal lu pengsan lak?

Sumardi: Diaorang kenal ko, satu hal Joi… yang buat aku pengsan bila aku dengar penonton belakang aku berkata…

“EH SAPA TU YANG BERJALAN SEBELAH AJOI TU….!”(isu hangat)
0

10 CIRI SUAMI YANG BAIK MACAM GUA..INSYALLAH

Post ni memang ditujukan khas buat golongan lelaki yang bakal menjadi suami & jugak pada wanita jika korang ingin mencari calon suami, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.




6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

(FB PADAMU KU BERSUJUD)
0

PENGARUH INTERNET MASA KINI..OMG!

0

GEMPAR..SAFEE SALI DAN RAMLI BUAT KEJUTAN DI MANCHESTER UNITED

gua dapat gambar ni dari facebook..so layan je la..hiks


0


Handphone vs Al-Quran
Pernah bertanya-tanya apa yang akan terjadi jika kita memperlakukan Al-Quran kita seperti kita melayan telefon kita?

Bagaimana jika kita membawanya di dalam beg kita atau kocek?

Bagaimana jika kita membelek-beleknya beberapa kali sehari?

Bagaimana jika kita balik ke rumah untuk mendapatkannya jika kita lupa?

Bagaimana jika kita menggunakannya untuk menerima mesej dari teks?

Bagaimana jika kita diperlakukan seperti kita tidak boleh hidup tanpanya?

Bagaimana jika kita memberikannya kepada anak-anak sebagai hadiah?

Bagaimana jika kita menggunakannya saat kita nazak?

Bagaimana jika kita menggunakannya dalam keadaan kecemasan?

Ini adalah sesuatu untuk membuat anda pergi …. hmm … di mana Quran saya?

Oh, dan satu lagi.

Tidak seperti telefon, kita tidak perlu bimbang tentang Al-Quran kita yang terputus dan tiada coverage.

Masihkah kita ingat darjat Al-Quran tersangatlah jauh tingginya berbanding handphone dan tidak layak dibandingkan pun tetapi apa keutamaan kita?

Hmm sendrik mau ingat!CREDIT TO UNTUK SESAMA INSAN
0

AYAT TERAKHIR DIRIKU SEBAGAI PEROKOK TEGAR..

Sekarang ini isu hangat kempen anti rokok.



Gua sebagai seorang perokok kadang dipandang seperti seorang penjenayah.


Malangnya nasib seorang perokok.


Pernah gua cuba untuk berhenti, namun sangat sukar.


Gua pernah berhenti beli rokok utk berhenti.


Tapi kemudian member2 perokok datang menghulur rokok.


Gua pelik klu gua tak nak berhenti xde yang nak hulur rokok.


Mereka seakan tak rela kehilangan teman seperjuangannya.










Dimana2 sekarang kerajaan begitu ketat soal anti rokok.


Para doktor menulis begitu banyak tentang bahaya rokok.


Bahkan di kotak rokok ditampal gambar2 akibat2 rokok yang merosakkan.






Setelah gua baca semua larangan2 itu,


Akhirnya gua mengambil keputusan untuk






:


:


:


:


:


:


:





BERHENTI…….MEMBACA!






Hampeh tulkan..esok dah masuk spital baru nak berhenti.(ISUHANGAT)


0

Steve Jobs Akan Dikenang Setaraf Dengan Thomas Edison & Albert Einstein(mstar)

KEMATIAN Steve Jobs pada usia yang secara relatifnya muda iaitu 56 tahun kerana penyakit kanser akan dikenang sebagai satu kehilangan besar kepada dunia komputer dan teknologi maklumat.
Malah kepada generasi hari ini Jobs mungkin lebih popular dan lebih dikenali daripada sesetengah menteri kabinet.

Bersama-sama Steve Wozniak, mendiang telah mencipta komputer yang kelihatan lain dari yang lain dan diberi nama Apple dan selepas itu Apple I dan kemudiannya Apple II, pada tahun-tahun 1970an.
Orang berkata komputer dan gajet yang dicipta oleh Jobs mempunyai gaya dan hakikatnya memang benar pun. Lihatlah Macintosh, iMac, iPod, iPhone dan iPad.

Dan dengan terciptanya iTunes Store pada 2003, Jobs telah membuka dimensi baru kepada bidang perniagaan digital sekaligus merubah wajah dunia muzik.

Menjelang 2008, iTunes Store merupakan gudang utama para konsumer membeli muzik secara digital.
Dan dunia tanpa wayar telah benar-benar melalui satu proses transformasi dengan terciptanya iPhone pada tahun 2007. Sebelum itu, dunia telefon pintar hanya berkisar kepada dunia BlackBerry sahaja.

Jobs mengubah wajah telefon pintar dengan menjadikan iPhone sebagai peranti kepada dunia pengkomputeran mudah alih dan bukan sekadar telefon semata-mata - sesuatu yang tidak terlintas di kepala para pencipta telefon pintar ketika itu.

Ciptaan demi ciptaan yang dilakukan Jobs sepanjang hayatnya akan menjadikannya seorang ikon sepertimana Thomas Edison dan juga Albert Einstein.

Bagaimanapun apa yang membezakan Jobs dengan pencipta yang lain ialah dia bukan sekadar mencipta tetapi mencipta produk dengan nilai komersial.

Ini sekaligus menjadikan Jobs sebagai ikon yang mempunyai pengikut dan pengikut setia. Ini beliau buktikan menerusi iPad. iPad mengubah wajah dan hubungan manusia dengan gajet. Ia menghampiri hubungan manusia dengan binatang kesayangan.

Hari ini tidak ada manusia yang savi teknologi yang ke mana-mana tanpa iPad seolah-olah jika tanpa iPad, kita tergolongan dalam kumpulan manusia buta gajet.

Sejak dilancarkan pada April 2010, sudah hampir 30 juta tablet iPad terjual di seluruh pelusuk dunia. Pelbagai pesaing turut mencuba melahirkan tablet yang serupa tetapi tidak ada seorang pun yang dapat menyaingi kehebatan dan keistimewaan iPad dari sudut kejayaan.

Sebahagian besar daripada kejayaan ini disumbangkan oleh cara penggunaannya yang mudah dan disokong oleh ‘App Store’ dengan lebih 140,000 program yang boleh dimuat turunkan. Inilah yang gagal disaing oleh pesaing-pesaing Apple.Bukan sahaja iPad malah iPhone disokong oleh 500,000 aplikasi.

Namun begitu, untuk berlaku jujur, perlulah disebut di sini bahawa bukan semua sentuhan Jobs mendatang hasil atau bertukar menjadi emas. Terdapat juga beberapa produk yang menemui jalan kegagalan seperti Apple III (1981); Lisa (1983) dan Next Computer (1989). Kesemuanya kerana harga yang terlalu tinggi dan tidak mesra pengguna.

Perjalanan karier beliau bersama Apple juga ada turun dan naik. Selepas Wozniak meninggalkan Apple pada 1985, Jobs telah ‘dipaksa’ meninggalkan syarikat yang beliau bina sendiri selepas berselisih faham dengan anggota-anggota lembaga pengarah termasuklah dengan orang yang beliau bertanggungjawab membawa masuk ke Apple iaitu John Sculley, bekas presiden PepsiCo.

Walaupun berasa pedih dan pahit dengan penyingkirannya dari Apple, Jobs berkata pemecatannya itu adalah perkara terbaik yang pernah berlaku ke atas dirinya.

Penyingkiran itu telah membebaskan Jobs dari belenggu pejabat dan membolehkannya menumpu sepenuh perhatian kepada aspek kreatif di dalam penciptaannya.

Tetapi seperti sudah ditakdirkan selepas 12 tahun, Jobs dipanggil kembali ke Apple iaitu pada tahun 1997. Pada ketika itu, Apple menanggung kerugian sehingga AS$1 bilion.

Pada fasa kedua hidupnya dengan Apple yang menyaksikan Jobs muncul dengan komputer Mac yang pelbagai warna dan kelihatan sangat lain daripada komputer biasa. Ia mencetuskan revolusi dalam penciptaan rekabentuk komputer.

Dan dari iMac pada tahun 1998, muncul iPod pada 2001, iTunes Store dua tahun kemudian dan selepas itu iPhone pada 2007.

Pada 2004, beliau telah dikesan menghidapi kanser pankreatik. Awal tahun ini Jobs telah mengambil cuti sakit yang panjang untuk menjalani rawatan intensif dan pada 24 Ogos beliau mengejutkan para peminatnya dan juga pengikut setia Apple dengan mengumumkan persaraannya. Ironinya, Jobs meninggal dunia sehari selepas syarikatnya melancarkan iPhone 4.

Pada tahun Jobs dikesan mengidap kanser dan ketika itu beliau berusia 50 tahun, beliau telah menyampaikan ucapan di hadapan graduan-graduan Universiti Stanford. Dalam ucapannya itu, Jobs telah dipetik sebagai berkata;

"Tidak ada siapapun dalam dunia ini yang ingin mati. Malah orang yang ingin masuk ke syurga pun jika ditanya sama ada dia bersedia melalui proses kematian pun akan berkata tidak bersedia.

“Tetapi kematian adalah satu destinasi yang kita semua terpaksa tujui. Tidak ada orang yang akan terlepas daripada kematian. Dan itulah hakikatnya kerana kematian adalah ciptaan yang terbaik di dalam kehidupan. Ia adalah agen perubahan dalam kehidupan. Ia menghapuskan yang lama bagi membuka laluan kepada yang baru.

“Pada saat ini saudara-saudari semua adalah yang baru tetapi tidak lama kemudian saudara-saudari akan menjadi yang lama dan akan terhapus dengan sendirinya. Saya minta maaf jika kelihatan terlalu dramatik tetapi ini adalah satu kebenaran."
0

INTIPATI BAJET 2012 OLEH PERDANA MENTERI..

BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD.

* Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

* KDNK diunjur berkembang lima hingga enam peratus pada 2012.

* Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi melaksanakan semua rancanganpembangunan kerajaan.

* Pendapatan kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM186.9 bilion pada 2012berbanding RM183.4 bilion pada 2011.

* Defisit belanjawan dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada KDNKberbanding 5.4 peratus pada 2011.

* Kerajaan akan meliberalkan 17 lagi subsektor perkhidmatan secara berfasa pada2012, merangkumi perkhidmatan hospital swasta, perkhidmatan pakar perubatan danpergigian, arkitek, kejuruteraan, perakaunan dan percukaian, perundangan,perkhidmatan kurier, perkhidmatan pendidikan dan latihan serta perkhidmatantelekomunikasi.

Inisiatif ini akan membolehkan hak pegangan ekuiti asing sehingga 100 peratus dalam subsektor terpilih.

*"Rolling plan" kedua akan diperuntukkan RM98.4 bilion dengan RM49.2 bilionmasing-masing untuk 2012 dan 2013.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaran faedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan.

* Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjian perkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. * Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD.

* Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dan traksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

* Valuecap Sdn Bhd akan menyediakan RM200 juta sebagai dana permulaan bagi Dana Dagangan Bursa yang mematuhi Syariah. * Felda Global Ventures Holding akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada pertengahan 2012 bagi mengumpulkan dana untuk menjadi sebuah syarikat berstatuskonglomerat global.

* Kerajaan akan memberikan kadar cukai konsesi 10 peratus ke atas dividenpelabur institusi bukan korporat dan pelabur individu dalam amanah pelaburanhartanah bagi lima tahun dari 2012 hingga 2016. * Satu skim Dana Pembiayaan PKS yang mematuhi Syariah berjumlah RM2 bilionakan dikendalikan oleh bank-bank Islam terpilih pada 2012.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi SME Revitalisation Fund yangakan diuruskan oleh SME Bank dan akan ditawarkan pada Januari 2012.

* Kerajaan akan menubuhkan satu Dana Kecemasan PKS berjumlah RM10 juta untukmembantu PKS yang terlibat dengan bencana alam.

* Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi kereta hibrid dankereta elektrik dilanjutkan sehingga 2013.

* Pelan Induk Lima Tahun Pembangunan Pelancongan Langkawi akan dilancarkandengan peruntukan RM420 juta.

* Kerajaan mencadangkan pengusaha hotel di Semenanjung Malaysia yang melaburdalam hotel empat dan lima bintang baharu, diberikan galakan taraf Perintisdengan pengecualian cukai pendapatan 70 peratus atau Elaun Cukai Pelaburan 60peratus bagi tempoh lima tahun.

* Kadar cukai keuntungan harta tanah akan dikaji semula.

* Kerajaan akan menyediakan Dana Inovasi Pengkomersialan patuh Syariahberjumlah RM500 juta pada kadar keuntungan yang menarik.

* Kerajaan mencadangkan perkhidmatan reka bentuk industri diberi galakanTaraf Perintis dengan pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus selamalima tahun.

* Kerajaan memperuntukkan RM1.1 bilion pada 2012 bagi pembangunan sektorpertanian.

* Kerajaan mencadangkan menaikkan had harga rumah di bawah Skim Rumah Pertamaku daripada maksimum RM220,000 kepada RM400,000 bermula Januari 2012. * Di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sejumlah 7,700 rumah akan dibina di Cyberjaya, Putra Heights, Seremban, Damansara dan Bukit Raja pada 2012.

* Pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah di bawah PR1MA. * RM443 juta diperuntukkan bagi pembinaan 8,000 unit untuk jualan dan 7,000unit untuk disewa di bawah Program Perumahan Rakyat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta sebagai subsidi bagi 10,000 unit rumah yang akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Bhd. Setiap rumah dengan kos RM65,000, akan dijual dengan harga RM45,000 dengan kerajaan memberi subsidi baki RM20,000. * RM40 juta diperuntukkan bagi membaik pulih dan menyelenggarakan rumah kos rendah awam dan swasta.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM63 juta pada 2012 untuk memulihkan 1,270 rumah terbengkalai. * Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah dengan pendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah. Peserta boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

* MARA akan menyediakan pembiayaan modal kepada warga syarikat korporat yang berkelayakan untuk pembelian ekuiti serta pengambilalihan syarikat berasaskankonsep "Management Buyout".

* Kerajaan memperuntukkan RM200 juta bagi program pembangunan usahawan dan kontraktor Bumiputera di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

* Kerajaan mencadangkan peruntukan bagi TEKUN dinaikkan kepada RM300 juta. * Amanah Ikhtiar Malaysia akan menyediakan RM2.1 bilion bagi pembiayaan pinjaman mikro kepada usahawan terutamanya wanita. Daripada jumlah ini, RM100 juta disediakan untuk usahawan India Malaysia dan RM100 juta lagi bagi usahawan Cina.

* Kerajaan mencadangkan pengecualian duti setem bagi surat cara perjanjianpembiayaan mikro kredit.

* MyCreative Venture Capital akan ditubuhkan dengan dana permulaan RM200 juta.

* RM200 juta diperuntukkan bagi latihan dan kemahiran belia menerusi Program Strategik untuk Belia 1Malaysia (SAY1Malaysia). * Kerajaan memperuntukkan RM15 juta untuk membina 150 gelanggang futsal tambahan agar matlamat Satu Gelanggang Satu Mukim dapat dicapai.

* RM50 juta diperuntukkan untuk membina kemudahan padang tiruan yang dilengkapi dengan lampu limpah di 30 lokasi terpilih seluruh negara. * Kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan RM30 juta untuk mengasah bakat atlet muda supaya mereka dapat bersaing dan berjaya di kejohanan sukan peringkat antarabangsa.

* Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), selain menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama.

* Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus. * Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan RM600 juta.

* Mulai tahun 2013, kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak 2 peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji. * Kerajaan bersetuju melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.(PAPAGOMO)
0

BINGKISAN KHAS..PERCEPATKAN HUKUM HUDUD DILAKSANAKAN

 Buat apa KITA perlu TAKUT untuk HUKUM HUDUD dilaksanakan

 Buat apa KITA perlu RAGU untuk HUKUM HUDUD dilaksanakan

 Buat apa KITA perlu BANGKANG untuk HUKUM HUDUD dilaksanakan


INGATLAH !

 HUKUM Allah adalah YANG TERBAIK kerna DIA mengetahui APA yang TERBAIK untuk HAMBANYA !

 HUKUM Allah adalah YANG SESUAI kerna DIA mengetahui APA yang PADAN untuk HAMBANYA !

< SIAPA MERAGUI HUKUM ALLAH MAKA DIA MERAGUI ALLAH >

 HANYA orang yang MELAKUKAN kesalahan akan TAKUT dengan PERLAKSANAN HUDUD !

 Ini BUKAN soal POLITIK tapi SOAL AQIDAH seseorang mempercayai AGAMANYA juga TUHANYA
0

KISAH BENAR..DI TAMPAR KERANA MAHU PAKAI TUDUNG..OMG!

Ceritanya bgini...

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg... Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! Daddy labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!
0

PATAHKAH TULANG RUSUKKU..hiks

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!

WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). 

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu,pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadimembosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah
pertengkaran WANITA lari keluar rumah.

Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"



Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mataWANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah.

"Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya
akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu
tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kamu, tulang rusukku!
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit di hatinya... 
0

HIKMAT 7 AYAT...SALING MENGINGATI

Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.







1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.


2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.


3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.


7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.

0

KITA ADA 4 ISTERI

Dahulu kala ada seorang raja yang mempunyai 4 isteri.







Raja ini sangat menyintai isteri keempatnya dan selalu menghadiahkannya pakaian-pakaian yang mahal dan memberinya makanan yang paling sedap. Hanya yang terbaik yang akan diberikan kepada isteri keempatnya.






Dia juga sangat memuja isteri ketiganya dan selalu membawanya ke pejabat-pejabat untuk memperkenalkan kepada orang lain. Ini kerana dia takut suatu hari nanti, isteri ketiganya ini akan meninggalkannya.






Raja juga menyayangi isteri keduanya. Kerana isterinya yang satu ini merupakan tempat dia mencurahkan masalahnya. Isteri kedua ini ramah, ambil berat dan sabar terhadapnya.










Isteri pertama raja adalah pasangan yang sangat setia dan telah memberikan penglibatan yang besar dalam pemeliharaan kekayaan dan untuk kerajaannya. Akan tetapi, raja tidak peduli sangat terhadap isteri pertamanya namun isterinya tetap setia kepadanya.






Hingga satu hari, raja jatuh sakit dan dia sedar bahawa kematiannya sudah dekat..






Sambil merenungi kehidupannya yang sangat mewah itu, raja berfikir, “Masa ini aku memiliki 4 isteri disampingku, tapi ketika aku pergi, mungkin aku akan sendirian”.






Lalu, bertanyalah dia pada isteri keempatnya, “aku paling mencintaimu, aku sudah menghadiahkanmu pakaian-pakaian yang paling cantik dan memberi perhatian yang sangat besar hanya untukmu… Sekarang aku nazak, adakah kau akan mengikuti dan tetap menemaniku?”






“Tidak mungkin!” balas si isteri keempat itu, dia pun pergi tanpa mengatakan apapun lagi..






Jawaban isterinya itu bagaikan pisau yang tepat menusuk jantungnya.






Raja yang sedih itu kemudian berkata pada isteri ketiganya, “Aku sangat memujamu dengan seluruh jiwaku. Sekarang aku sakit, apakah kau tetap mengikuti dan selalu bersamaku?”






“Tidak!” sahut sang isteri. “Hidup ini begitu indah! Jika kau meninggal, akupun akan menikah kembali!”






Perasaan raja pun semakin hampa dan membeku.






Beberapa saat kemudian, raja bertanya pada isteri keduanya, ” Selama ini, bila aku memerlukanmu, kau selalu ada untukku… Jika nanti aku meninggal, apakah kau akan mengikuti dan terus disampingku?”






“Maafkan aku, untuk kali ini aku tidak dapat memenuhi permintaaanmu!” jawab isteri keduanya. “Yang dapat aku lakukan, hanyalah menemanimu menuju tanah perkuburan…”






Jawaban isteri ketiga bagaikan petir yang menyambar dan menghancurkan hatinya..






Tiba-tiba, sebuah suara berkata:






“Aku akan bersamamu dan menemanimu kemanapun kau pergi.” Raja menoleh kepalanya mencari-cari siapa yang berbicara dan terlihatlah isteri pertamanya. Dia kelihatan begitu kurus, seperti menderita kekurangan zat.






Dengan penyesalan yang sangat mendalam kesedihan yang amat sangat,raja berkata sedih, “Seharusnya aku lebih mengambil berat kepadamu jika aku masih punya banyak kesempatan!”






Dalam realitinya, sesungguhnya kita semua mempunyai ’4 isteri’ dalam hidup kita…..






‘Isteri keempat’ kita adalah tubuh kita. Tidak peduli berapa banyak masa dan usaha yang kita habiskan untuk membuatnya kelihatan bagus, tetap dia akan meninggalkan kita saat kita meninggal.






Kemudian ‘Isteri ketiga’ kita adalah cita-cita, kedudukan dan kekayaan kita. Selepas kita meninggal, semua itu pasti akan jatuh ke tangan orang lain.






Sedangkan ‘isteri kedua’ kita adalah keluarga dan teman-teman kita. Tidak peduli berapa lama masa yang sudah dihabiskan bersama kita, tetap saja mereka hanya dapat meneman dan mengiringi kita hingga ke tanah perkuburan.






Dan akhirnya ‘isteri pertama’ kita adalah jiwa, roh, iman kita, yang sering kita abaikan kerana sibuk memburu kekayaan, kekuasaan dan kepuasan nafsu. Padahal, jiwa, roh, atau iman inilah yang akan mengikuti kita kemanapun kita pergi.






Jadi perhatikan, tanamkan dan simpan baik-baik dalam hatimu sekarang! Hanya inilah hal terbaik yang boleh kau tunjukkan pada dunia..






Posted @ www.isuhangat.net.


 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR