0

PERBUALAN SEORANG USTAZ DENGAN GADIS FREEHAIR!!!

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :

“Ok silakan……what you want to know…”

Liberal Gurlz :

“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :

“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Liberal Gurlz ;

“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :

“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Liberal gurlz :

“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :

“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Liberal Gurlz :

“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :

“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Liberal Gurlz :

“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :

“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”


Liberal Gurlz :

“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :

“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”


Liberal Gurlz :

“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Liberal Gurlz :

“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :

“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”


Liberal Gurlz :

“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :

“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”


Liberal Gurlz :

“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :

“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Liberal Gurlz :

“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :

“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”
0

14 TIPS CARI ISTERI CANTIK (SUMBER FB)

14 TIPS MENCARI ISTERI CANTIK

Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa.

Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki.

Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok.

Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna.

Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’.

Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya.

Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis.

Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri.

Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya.

Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama.

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri,

ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis,

membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau

hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.

Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri.

Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya.

Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja

disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik.

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi.

Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.

Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti.

Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua.

Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda.

Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja.

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran.

Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu ibu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga.

Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak.

Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki.

lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah.

Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas.

Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis.

Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam.

Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja.

Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu.

Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya.

Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada

negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita.

9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama.

Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik?

Letaknya ialah pada keimanan gadis itu.

Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’.

Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama.

Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya.

Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali.

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan.

Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan.

Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun.

Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda?

Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda.

Elakkan dari menaruh perasaan cemburu.

Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya.

Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda.

Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya.

Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau terlalu kerap melakukan seks dengannya.

Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik.

Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain.

Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.

14. Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama.

Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Wallahu'aklam
0

JANGAN DALAM ISLAM...BACA DAN FAHAMILAH

- JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
- JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

-JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
- JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

- JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
- JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
- JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

- JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
- JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

- JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
- JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
- JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

- JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
- JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

- JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
- JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
0

BINGKISAN USTAZ AZHAR IDRUS

✿ Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkan aku dengan amaran Allah







✿ Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyah pencipta






✿ Jika aku lemah tidak berdaya, ingatkanlah aku tentang kehebatan syurga




✿ Jika antara kita ada tembok pemisah, ajaklah aku untuk meleraikannya segera






✿ Jika pernah hatimu terluka disebabkan aku, luahkanlah padaku agar sempat aku untuk mengubahnya. ♥
0

KISAH ANAK DAN IBU

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?



Anak : Sebab saya anak mak kan?


Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..


Anak : Apa tu mak?


Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat ibu di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad ibu nanti..


Anak : Mak! Janganlah...


Mak : Jadi anak soleh ye..mak perlukan doamu di sana nak..( Mak itu lantas mengalirkan air mata cinta :)
 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR