0

ADAB ADAB DI BULAN RAMADAN

Di sini aku sertakan serba sedikit info² tentang bulan ramadhan..
Sejarah Ramadhan(COPY DARI FORUM CARIGOLD)

1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (tadarus Al Quran)


Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan :
- Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
- 10 hari pertengahan - pengampunan,
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan
(Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah



0
10 perkara wanita benci

KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.

Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.

1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.

Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.

2. Mengongkong

Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.

3. Ego

Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.

4. Suka 'cuci mata'
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.

5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai 'teman tapi mesra'. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.

6. Tidak sensitif perasaan wanita

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.

Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.

7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.

Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.

8. Tidak tahu menghargai

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

9. Meninggikan suara

Tahulah mereka dikurniakan suara yang 'macho' tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

10. Penipu

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda
0

MENGINGATI MAMA

Kekadang saya bertanya pada diri sendiri, satu hari kelak, bila saya sudah tiada, bagaimanakah diri saya akan anak-anak ingati? Adakah mereka akan ingat saat-saat saya memarahi mereka waktu kecil? Atau mengingati saya melalui tempat-tempat yang kami pernah terokai bersama? Atau… ingatan itu datang dari melihat insan-insan lain?




Adakah kita hidup untuk diingati?



Ingatan awal saya terhadap ibu saya banyak berkisar kepada makanan-makanan yang dimasaknya. Dan bila makan disuap mama, tangannya ada macam ‘magic’, bertambah-tambah sedapnya. Kata orang, masakan ibu memang tiada tandingan. Ikan cencaru belah belakang, asam tumis, gulai lemak dan lain-lain resipi mama semua saya warisi tetapi keenakan menikmati juadah masakannya telah pergi bersamanya. Benar kata orang, masakan itu bukan sekadar pada ramuan resepi tetapi pada sucubit kasih sayang dan seulas keikhlasan yang digaul bersama yang membezakannya.



Selain alunan bacaan ayat-ayat suci Al Quran, zikir dan doanya, saya juga sering terkenang lagu-lagu yang mama nyanyikan. Kadang-kadang, di dalam diam, saya sendiri perlahan-lahan mengalunkan irama itu. Syukur kepada teknologi maklumat masa kini dan kehadiran media seperti youtube serta penyumbang-penyumbangnya, lagu-lagu tersebut satu demi satu dapat saya jejaki.



Kadang-kadang mama akan selitkan anekdot bagi lagu-lagu tersebut, ada yang sedih dan ada yang lucu. Contohnya lagu Joget Jauh Pandangan nyanyian Allahyarham Abdullah Chik. Saya sentiasa ingat mama menyanyi pada saya waktu kecil antara lain liriknya,



“Lamanya kita tidak berjumpa,



sedihnya rasa hatiku,



sambutlah salam dari adinda,



dengan selalu digoda rindu.



Walaupun jauh seberang lautan,



kanda tak lupa sehingga mati,



sungguh pun surat dinda kirimkan,



seperti badan datang sendiri.”



Yang lucunya mama selalu bercerita bagaimana lagu itu terlalu mengganggu emosi para isteri perajurit negara sewaktu anggota tentera kita dihantar bertugas untuk misi keamanan di Congo. Maklumlah misi ke Congo yang turut disertai oleh arwah ayah saya merupakan antara misi ketenteraan keluar negara yang terawal di dalam sejarah Angkatan Tentera Malaysia.



Katanya ada sekali, akibat mendengar lagu itu di Radio Malaysia, kuarters tentera tempat ibu dan keluarga turut menetap menjadi kecoh bila seorang isteri tentera telah menjadi tidak keruan dan tak tertanggung rindu hingga cuba untuk mengambil nyawanya sendiri.



Ini menyebabkan timbul permintaan agar lagu tersebut dihentikan dari disiar di radio sehingga anggota-anggota tentera kita di Congo pulang ke tanah air.



“Janganlah kanda berhati duka,



dinda tak mungkir segala janji,



bila ku dapat surat kekanda,



barulah senang rasa di hati.



Bagi generasi yang membesar di zaman dunia siber dengan teknologi email dan web cam, sudah tentu sukar untuk dibayangkan kerinduan yang diakibatkan oleh perpisahan pada zaman dahulu.



“Baik lah baik belayar rakit, janganlah sampai putus talinya. Kasih sayangku bukan sedikit, jikalau boleh mati bersama.”



Sewaktu saya sedang menghadiri Festival Filem Malaysia di Pulau Pinang pada 2007, saya menerima panggilan telefon memaklumkan bahawa mama di dalam keadaan tidak sedar akibat komplikasi sakit jantung dan diabetesnya. Saya terus meninggalkan festival itu dan pulang malam itu juga ke Kota Bharu, tidak pasti masih berkesempatan atau tidak untuk bertemu mama.



Sepanjang perjalanan saya teringat sebuah lagu yang mama sering nyanyikan sewaktu mendodoikan saya waktu kecil. Sehingga hari ini saya gagal mengesan lagu itu, antara lain, liriknya lebih kurang berbunyi sebegini,



“dulu… dibendung di pangku, dipimpin berjalan, di selimutinya. Nasi, dipipih di suapkan, di ajarnya berkata, kasih mesra ibu….”



“…tapi kini hanya, kulihat pusara mu, tempat baring si ibuku, yang sangat ku sayangi…. tapi kini hanya… ku lihat pusaramu, tempat baring si ibuku, yang sangat ku sayangi….”



Saya akan bertanya mama, “mana mama dia pergi?’. “Mama dia dah mati…” jawab mama. “Kenapa mama dia mati….?”, dan saya akan menangis.



“Mama jangan mati okay…. mama janji ya…” desak saya waktu itu.



Banyak yang mama dan saya lalui bersama semasa saya kecil. Mama ada pilihan selepas berpisah dengan arwah ayah untuk memulakan hidup baru. Tetapi pilihannya ialah untuk meneruskan hidup lama bersama kami sehinggalah kami seorang demi seorang meninggalkannya. Dengan mama, benarlah kata orang, kasih saudara waktu berada, kasih ibu hingga ke syurga.



Mama tidak pernah tinggalkan kami walau susah walau senang. Tetapi setiap tahun demi tahun, dia menangisi ditinggalkan seorang demi seorang kami sehinggalah dia tinggal bersendirian.



Mama ke Mekah sendirian, pindah rumah sendirian dan banyak lagi yang dilakukannya sendirian. Sehingga akhirnya, bila dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia juga bersendirian.



Sewaktu mama berpisah dengan arwah ayah, pada perkiraan saya, mama belum mencecah empat puluh tahun. Dunianya masih luas tetapi pilhannya untuk terus di dunia lama. Saya ingat, saya sering mengugut untuk membaling batu kepada nenek saudara saya yang sering datang memujuk mama untuk berkahwin lain. Tidak dapat dibayangkan betapa idea bahawa kami akan terpaksa berkongsi mama dengan orang asing lain sungguh menggerunkan. Tetapi tidak pernah kami terfikir satu hari nanti, mama akan terpaksa berkongsi kami dengan ‘total stranger’.



Itulah pengorbanan seorang ibu.



Hidup tanpa suami dan tanpa pekerjaan, mama memang seorang ahli ekonomi yang hebat. Sepanjang hidupnya dia bergantung kepada pemberian arwah ayah yang kadang-kadang ada dan kadang-kadang tidak dan kemudiannya sumbangan daripada kami adik beradik. Namun sewaktu dia meninggal dunia, segala urusan jenazahnya sehinggalah ke urusan batu nesan dan hiasan pusaranya semua adalah dari sumbernya sendiri. Mama tidak mahu kami keluarkan wang untuk urusan jenazahnya, semuanya dia mahu tanggung sendiri.



Lebih dari itu, mama meninggal dunia dengan meninggalkan barang emas untuk setiap anak, menantu dan cucu perempuannya dan wang ringgit lebih dari yang kami miliki di dalam simpanan kami termasuklah peralatan rumahnya yang serba lengkap.



Saya masih ingat sewaktu kecil, tiap kali arwah ayah gagal menyumbangkan wang untuk menyara hidup kami, mama akan ke pajak gadai untuk menggadaikan barang emasnya. Apabila dia ada wang sedikit, dia akan menebusnya semula. Bila arwah ayah kembali mampu untuk memberi sumbangan, mama akan simpan sedikit demi sedikit untuk membeli lebih lagi barang emas.



Seingat saya, keluar masuk pajak gadai adalah aktiviti hampir empat lima kali setahun bagi mama. Dan menerusi aktiviti itu kami enam beradik dibesarkan sehingga ke maktab dan universiti. Disebalik keperitan yang ditanggung mama, walau kami tahu kami tidak kaya tetapi kami tidak pernah merasa diri kami miskin. Kami miliki apa yang seorang anak pada usia kami harus miliki.



Mama adalah pakar di dalam ekonomi emas, itulah yang sering saya katakan kepada banyak pihak.



Serasi dengan kehidupan di zaman 70an, Mama juga minat menonton wayang. Sewaktu kecil, mama dan saya sering menaiki beca untuk menonton wayang di panggung Odeon Kota Bharu, kini Bangunan UMNO Kelantan. Filem seperti Bukit Kepong, Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu dan Esok Masih Ada semuanya kami menonton berdua.



Memandangkan mama seorang perempuan dan saya masih kecil, kami sering terpaksa membeli tiket ‘black market’ kerana waktu dulu, filem Melayu mendapat sambutan hangat di pawagam.



Terpaksa di akui, kami adik beradik sering risau kerana merasakan mama lemah dari segi fizikal dan kesihatannya sering terganggu tetapi mengenangkan kembali apa yang dilaluinya, rasanya ia adalah satu cabaran besar untuk jadi segagahnya.



Untuk dikenang sebagai seorang yang tabah dan gagah bukanlah sesuatu yang senang. Kerapkali kita terpaksa melakukan apa yang kita telah dipertangungjawabkan dan itu tidak membuat kita seorang yang gagah. Namun kami adik beradik kini menyedari mama ada pilihan. Tetapi mama telah memilih pilihan yang membawanya melalui segala liku-liku kehidupan supaya jalan yang akan kami tempuhi terjamin lurus dan mudah.



Hebatnya pengorbanan seorang ibu dan amat bertuahlah sesiapa yang masih memilikinya.



Kadang-kadang mengapa begitu sukar untuk kita mengingatinya sewaktu dia masih boleh menerima secubit kasih sayang dan seulas kemesraan dari kita.

P/S;semasa usha blog trjumpa satu artikel agak menarik untuk dikongsi..kredit to kickdefella
0

LEGENDA HARIMAU MALAYA DI MUKA DEPAN NEWSPAPER SINGAPORK





SINGAPURA - Permusuhan di antara Singapura dan Malaysia dalam saingan bola sepak sentiasa menghidupkan satu suasana meriah serta ketegangan tidak kira di kalangan pemain mahu pun penyokong kedua-dua pasukan.



Ternyata kemeriahan itu turut diterjemahkan dalam akhbar-akhbar utama Singapura semalam yang melaporkan tentang aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan kedua-dua pasukan di Stadium Jalan Besar di sini malam kelmarin.


Keputusannya, Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura sebelum mereka bertemu lagi pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.


Hampir semua akhbar tempatan Singapura meletakkan laporan perlawanan malam kelmarin itu sebagai bahan berita di muka depan dan muka belakang akhbar masing-masing.


Akhbar Berita Minggu meletakkan tajuk Kita Menang! di muka hadapan dengan gambar Aleksandar Duric meraikan jaringan kelima Singapura bersama rakan sepasukannya, Qiu Li.


Muka belakang Berita Minggu pula dihiasi dengan tajuk Singa Baham Harimau 5-3, membuktikan betapa terujanya Singapura dengan kemenangan terhadap musuh tradisi, Malaysia.


Akhbar The Sunday Times pula tampil dengan tajuk muka hadapan Five-Star Lions manakala muka belakangnya dengan tajuk Lion Edge Triller.


Sementara akhbar The New Paper on Sunday meletakkan tajuk ringkas Game On! pada muka hadapannya manakala pada halaman sukannya dengan tajuk Can You Believe 5-3?.


Kehangatan laporan media untuk kedua-dua negara ini pasti akan berterusan sehingga aksi kedua pada Khamis ini.


Bagi media Malaysia, biarpun skuad negara kini ketinggalan jaringan 3-5, laporan berbentuk positif diperlukan bagi menaikkan semangat pemain dan juga penyokong di Bukit Jalil nanti.


Contohi cara media Indonesia menghidupkan semangat dan keghairahan penyokong mereka menjelang aksi final kedua Piala Suzuki AFF 2010 di Jakarta meskipun mereka telah tewas 0-3 kepada Malaysia pada final pertama di Kuala Lumpur.
0

CIRI-CIRI ORANG KOREK HIDUNG..MUAHAHAHAHA




*Orang yang mencintai kebersihan: orang yang selepas korek hidung terus mencuci tangannya.





*Orang murah hati: orang yang rela dikorek hidungnya oleh orang lain.




*Orang sengal: Orang yang tidak tahu cara korek hidung.




*Orang bijaksana: Orang yang tahu bila dia harus korek hidung.




*Orang kasar: Orang yang kalau korek hidung seluruh jari telunjuknya masuk semua.




*Orang yang sadis: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dijentik kepada orang lain.




*Orang yang nak cepat: Orang yang kalau korek hidung kurang dari 2 saat.




*Orang yang serakah: Orang yang korek hidung tidak cukup dengan satu jari.




*Orang yang strategik: Orang yang korek hidung sambil memusing badannya dan membongkok.




*Orang yang perasa: Orang yang kalau habis korek hidung kemudian jarinya dijilat.








*Orang yang sensual: Orang yang korek hidung sambil mendesah.




*Orang yang aquatik: Orang yang sebelum korek hidung jarinya dibasahkan terlebih dahulu.




*Orang yang pemalu: Orang yang kalau ingin korek hidung lari sejauh 500 meter dari orang ramai.




*Orang yang kurang ajar: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di lap pada orang lain




*Orang yang berjimat: Orang yang kalau korek hidung hanya satu minggu sekali.




*Orang yang misteri: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di letakkan di sekelilingnya kemudian


pergi diam-diam bagaikan angin.




*Orang yang sopan: Orang yang meminta izin ke belakang jika ingin korek hidung.




*Orang yang porno: Orang yang korek hidung sambil membayangkan yang bukan-bukan.




*Orang yang perlu perhatian: Orang yang kalau korek hidung sambil menjerit-jerit.




*Orang yang cinta seni: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dijadikan arca.




*Orang yang pengotor: Orang yang kalau korek hidung, tahinya di sapu ke lengan bajunya.




*Orang yang tidak berperikemanusiaan: Orang yang kalau korek hidung, tahinya diletakkan dalam makanan atau minuman orang sekitarnya.




*Orang yang atletis: Orang yang sebelum korek hidung melakukan ‘warm up”.




*Orang yang kekanak-kanakan: Orang yang kalau korek hidung, tahinya dibuat main lekat-lekat macam chewing gum.




*Orang yang mencari jati diri: Orang yang sedang membaca tulisan ini.

CREDIT TO ISHUHANGAT
0

YES!MINUMAN BARBICAN BOLEH MINUM..DIJAMIN HALAL!

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan minuman malta berperisa buah-buahan jenama Barbican dibolehkan untuk diminum umat Islam di negara ini.





Keputusan tersebut diperoleh menerusi sepucuk surat yang dihantar kepada pengedar minuman berkenaan selepas jawatankuasa itu bersidang pada 16 hingga 18 Jun lalu.




Kandungan surat tersebut menyatakan, minuman ringan malta seperti Barbican dan sebagainya yang diproses bukan untuk tujuan pembuatan arak dan alkohol yang terkandung dalam minuman tersebut juga bukan terhasil daripada proses pembuatan arak dan dengan kadar yang sedikit.




Jadi, minuman itu didapati tidak memabukkan dan dibolehkan meminumnya bersesuaian dengan keputusan muzakarah sebelum ini.




Menurut surat itu lagi, muzakarah juga menasihatkan pihak pengeluar minuman tersebut tidak menggunakan label, jenama dan sebagainya yang boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna khususnya umat Islam.




Sebelum ini. media melaporkan minuman tersebut menimbulkan isu kerana mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.



0

HARAM MEROKOK BAGI UMAT ISLAM!!!

PUTRAJAYA 22 Julai – Masih ramai di kalangan umat Islam di negara ini mengambil mudah mengenai fatwa Merokok Adalah Haram, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.





Justeru itu katanya, Jakim dan Kementerian Kesihatan hari ini bekerjasama mengadakan Seminar Pendidikan Fatwa Merokok Adalah Haram sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran.




"Ia juga sempena kehadiran Ramadan hujung bulan ini yang diharap dapat dijadikan permulaan bagi umat Islam mengubah tabiat menghisap rokok,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar itu di sini hari ini.




Walaupun pelbagai kempen kesedaran telah dilaksanakan, Othman berkata jumlah penghisap rokok terus meningkat.




Menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pada tahun ini, lebih lima juta penduduk dunia akan mati akibat penyakit berkaitan merokok antaranya serangan jantung, strok dan kanser. – Bernama






0

KONSPIRASI BERSIH 2.0??POLITICS IS SUCKSS!!

walaupun bersih 2.0 dah lama berlalu,namun ada jugak blogger yang dapat kesan ada satu xkena psal demo bersih aritu..korang layan sendiri la blog itu ea..

I HATE POLITICS BUT I KNOW ABOUT IT!

sebab politik,anak bangsaku bergaduh..macam2 la malaysia nih...haha

nih link blog tu...PAPAGOMO..

malas nk coment lebih..ak dah daftar jadi pengundi,dan aku akan undi parti yang dapat memajukan negara..FULLSTOP!
0

POST RINGKAS TAPI MENDALAM..(>,<)




"kita selalu memohon untuk mendapat kebenaran
tetapi apabila kebenaran telah ditunjukkan
adakah kita akan menerima kebenaran tersebut
jika kebenaran itu tidak seperti yang disangkakan"??
 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR