- Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke - Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
- Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.- Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
- Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
- Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. -Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
- Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
- Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
- Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?
- Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
- Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
- Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. (SYNDROMANIA)
p/s - Sekadar memberi teguran tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita & dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan
0 comments:
Post a Comment