PENYEBAB UTAMA WANITA CEPAT TUA..muahahaa

1. Tahukah korang, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar-benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tapi kasihan kaum ibu sebab terpaksa makan laju-laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan je sambung makan, buat-buat tak dengar anaknya menangis. Jadi, wanita pun mudah la jadi gemuk sebab makanan yang dimakan tak sempat nak hadam.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya... takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan "awak ni kuat betul makan!"

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tidur mati. Kalau yang dengar pun buat-buat tidur lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tidurnya. Jadi wanitalah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak. Bila dah cukup tidur, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua & Kedut-kedut pun mula kelihatan. Masa tu guna Total Effect ke, apa ke... bukan senang nak hilangkannya. Petua untuk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & tidur Secukupnya.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak-anak & ditambah perangai bapaknya... nak itu, nak ini.. jadi, wanita pun membebel, marah-marah... dan bila  dah marah-marah, banyak beleter, jadi cepatlah nampak tua..


Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan lelaki atau lebih tepat lagi suami. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti apa yang isteri anda  lakukan.


p/s - Ingatlah wahai kaum Adam bahawa perkahwinan itu adalah sebuah perkongsian hidup, jadi susah senang mestilah dikongsi bersama. Jangan fikir tentang diri sendiri je. Kalau hidup saling memahami, Insya Allah mahligai bahagia kekal abadi.

0 comments:

 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR