TEMPAT LAHIR GUA SAMBUT ULANG TAHUN KE-66 DIBOM TENTERA BERSEKUTU

HIROSHIMA: Bandaraya Hiroshima hari ini memperingati ulang tahun ke-66 peristiwa tempat itu dibom pada ketika negara berkenaan berdepan bencana akibat teknologi atom apabila loji di Fukushima mengalami kerosakan selepas dilanda tsunami.

Kawasan itu yang menjadi sasaran pertama bom atom pertama di dunia bertafakur sejenak pada jam 8.15 pagi tadi, masa bom itu dijatuhkan pada 6 Ogos 1945 oleh Amerika Syarikat pada Perang Dunia Kedua.

Bom itu memusnahkan kebanyakan bandaraya itu dan menyebabkan 140,000 orang terkorban.

Bom atom kedua yang dijatuhkan pada 9 Ogos tahun yang sama di Nagasaki menyebabkan puluhan ribu orang maut dan memaksa Jepun menyerah diri.

Perdana Menteri, Naoto Kan meletakkan kalungan bunya di Taman Keamanan Hiroshima dan mengulangi berjanji untuk tidak mengulangi mimpi ngeri Hiroshima, yang masih mengalami kesan penyakit dari generasi ke satu generasi
. - AP & BH

0 comments:

 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR