TPM HARAP JANGAN DIPOLITIKKAN USAHA BANTU RAKYAT MALAYSIA DI MESIR

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pihak tertentu supaya tidak mempolitikkan pelan tindakan menyelamat dan bawa pulang 11,000 rakyat Malaysia yang terperangkap di Mesir.

Beliau menegaskan usaha menyelamat itu bukan perkara yang mudah, sebaliknya memerlukan perancangan rapi.

"Kita mahu mengambil langkah secepat seperti yang kita mahu, tetapi kerana
ada peraturan-peraturan tertentu bukan sahaja di Mesir bahkan kita perlu
mendapatkan kebenaran kerajaan Arab Saudi untuk menempatkan anak-anak kita di Jeddah.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mendapat kebenaran Arab
Saudi, tetapi bukan mudah untuk melaksanakan,".

"Setakat hari ini, semua rakyat Malaysia selamat. Bekalan makanan pun ada,
cuma proses pemindahan memang memerlukan tempoh masa sedikit," katanya.

Beliau berkata arahan perintah berkurung di Kaherah merumitkan usaha untuk membawa rakyat Malaysia keluar dari Mesir.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak menghargai usaha kerajaan untuk
menyelamatkan rakyat Malaysia dan tidak mempolitikkannya.

"Saya tahu, ada pemimpin-pemimpin pembangkang mempolitikkan langkah kerajaan dengan mendakwa kita lambat dan sebagainya.

"Kerajaan Mesir yang dalam keadaan kucar kacir tidak mudah untuk respon
kepada permintaan Malaysia sahaja kerana terdapat rakyat dari lebih 40 buah negara yang berusaha menyelamatkan diri," katanya.
-sahabat GUNung

0 comments:

 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR