WARTAWAN MESIR DITEMBAK,ROMBONGAN WARTAWAN MALAYSIA DITAHAN TAPI SELAMAT

Seorang wartawan ditembak dalam pertempuran antara 2 kumpulan penyokong pada minggu lalu, meninggal dunia akibat keceraan yang dialaminya. Mohamed ahmed Mahmoud, 36, ditembak dibelakang ketika sedang mengambil foto pertempuran dari beranda rumahnya, 28 Januari lalu.

Mangsa dikatakan bekerja sebagai seorang agenci akhbar Arab, Al-Taawun. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan serangan itu adalah sebagai langkah penyokong setia Mubarak untuk menghalang wartawan daripada membuat liputan mengenai penunjuk perasaan antikerajaan.

Pejabat rangkaian berita Arab, Al Jazeera yang berpusat di Qatar, turut dibakar bersama peralatan rakaman bernilai ribuan dolar oleh individu yang tidak bertanggungjawap.

Sementara itu rombongan wartawan Malaysia dan anggota kelab Putra 1 Malaysia mengalami saat-saat yang cukup mencemaskan apabila van yang mereka naiki ditahan oleh sekumpulan pemuda tempatan yang bersenjatakan batang besi dan kayu, semalam.

Kumpulan itu dikatakan menggeladah van, merampas pasport mereka, keadaan menjadi bertambah tegang apabila seorang pemuda cuba mengambil wang milik seorang seorang wanita daripada Jabatan Imegresen Malaysia yang menumpang kenderaan tersebut.

Kejadian berlaku ketika rombongan itu dalam perjalanan pulang ketempat penginapan setelah wartawan itu selesai membuat liputan mengenai misi membawa pulang pelajar dan warga Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, berikutan pergolakan yang berlaku di Mesir.

Rombongan itu terpaksa melalui hampir 30 sekatan jalanraya dan setiap kali ditahan akan mengambil masa sehingga 3 jam untuk sampai ketempat penginapan yang jarak perjalanannya sejauh 30 kilometer.-KL WANGSA BOY

0 comments:

 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR