Kos dari segi wang ringgit untuk membawa pulang lebih 11,000 rakyat dan pelajar Malaysia di Mesir dalam Ops Piramid bukan kecik anak. Bayangkan berapa banyak penerbangan Kaherah-Jeddah dan Jeddah-Kuala Lumpur.Jumlah pesawat MAS,Air Asia dan TUDM yang terlibat.Begitu juga Kapal TLDM Bunga Mas yang kena belayar standby di Mesir.

Ini belum masuk soal lojistik,pengangkutan darat,makan minum,pengunaan pusat transit Tabung Haji di Jeddah,bayaran untuk hak mendarat dan bayaran letak pesawat serta segala macam lain yang mungkin tak terfikir.

Ramai orang bertanya berapa kos keseluruhan Ops Piramid - yakni proses evakuasi rakyat Malaysia dari sebuah negara asing yang terbesar pernah dilancarkan dalam sejarah negara.

Timbalan Menteri Luar,Kohilan Pillay yang terlibat secara langsung dalam operasi itu memberitahu mengikut anggaran peribadi beliau setakat ini jumlahnya tidak kurang dari RM50 juta.

Beliau memberitahu demikian dalam perbualan lintas langsung menerusi telefon dalam rancangan Isu Semasa: Ops Piramid di TV1 Selasa malam.

Dalam perbualan berkenaan beliau juga antara lain memberi rentetan proses dari awal operasi berkenaan.

Katanya sebelum ini Malaysia pernah mengendalikan operasi evakuasi misalnya gempa bumi di Padang.Namun jumlahnya kecil libatkan lebih 200 pelajar saja.

Turut sama menjadi penal rancangan itu ialah wartawan Agendadaily,Helme Hanafi yang memberi prespektif dari sudut pandangan wartawan tentang operasi itu yang dilihatnya semasa lima hari di Kaherah