TERIMA KASIH NAJIB RAZAK

Terima Kasih Najib Razak



Hadiah istimewa buat Malaysia. Semoga pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak menjadi hadiah buat rakyat Malaysia. Langkah berani yang luar biasa daripada Perdana Menteri Malaysia ini harus dipertahankan oleh rakyat Malysia yang cintakan pembahruan dan transformasi ke arah masyarakat yang matang, bijaksana dan berhemah tinggi.






Sebelum Najib Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, ramai pemerhati politik terutama dipihak bukan kerajaan meramalkan Najib Razak akan menggunakan dasar kekerasan dan memartabatkan undang-undang seperti ISA, Akta Mesin Cetak dan lain-lain akta bagi menstabilkan keadaan politik tanah air yang semakin genting dan bagi mengukuhkan penguasaannya. Bahkan di dalam ucapan terakhir sebagai Presiden UMNO, Abdullah Ahmad Badawi sendiri menampakan bahawa beliau turut merasakan demikian sehingga antara lain beliau menegaskan bahawa kerajaan baru perlu meneruskan ‘sikap terbuka’ kerajaan pimpinan Abdullah sebelumnya.






Memerhati dari luar, saya sering berpendapat bahawa sebarang pembahruan dan keterbukaan yang ingin di bawa oleh seorang Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO sering akan terganggu oleh warlords di dalam UMNO sendiri yang primitif dalam kesungguhan mahu mempertahankan kuasa.






Pada saat ini, saya masih merasa sedemikian.






Jika anda juga merasa sedemikian tetapi mahu melihat negara terus mengharungi era baru ini maka hanya satu sahaja tindakan yang perlu kita bersama lakukan, iaitu berdiri bersama Perdana Menteri dan menyokong pembahruannya.






Berdiri bersama Perdana Menteri dan menyokong pembahruannya bukan seperti mana warlords di dalam UMNO berdiri mempertahankan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi satu ketika dahulu walaupun jelas ianya ditentang rakyat. Itu adalah sokong membawa rebah.






Selamat Hari Malaysia.

(KICKDEFELLA)




0 comments:

 
Copyright © LITTLE ROCKSTAR