skip to main |
skip to sidebar
●●●▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●
(¯`♥´¯) Keindahan Al - Faatihah (¯`♥´¯)
●●●▬▬▬▬▬ஜ۩۞۩ஜ▬▬▬▬▬●●●
╰★╮ALLAH SWT berfirman dalam Hadits Qudsi:
"Wahai Bani Adam! Aku telah turunkan kepadamu tujuh ayat. Tiga di antaranya untuk-KU, tiga lagi untukmu. Sedang yang satu untuk kita bersama. Adapun yang tiga untuk-KU ialah:
۞الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ۞
۞الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ۞
۞مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ۞
Yang satu untuk kita bersama ialah:
۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
Dari pihakmu melakukan ibadah, sedang dari pihak-KU memberikan pertolongan.
Adapun yang khusu untukmu ialah:
۞اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞
۞صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلا الضَّالِّينَ۞
[HQR Thabarani]
╰✿╮ ALLAH SWT telah memberitahu kepada kita melalui Nabi Muhammad صلى الله عليه و سلم bahawa DIA telah menurunkan tujuh ayat Faatihatul Kitaab, iaitu Surah al-Faatihah. Di antara tujuh ayat itu ada tiga ayat khusus bagi ALLAH semata, iaitu yang berupa pujian yang tidak boleh disekutui hamba-hambaNYA.
╰✿╮Adapun ayat ke lima dari surah al-Faatihah ini mengandungi dua aspek:
╰✿╮Di satu pihak bagi hamba ALLAH, iaitu yang melakukan ibadah kepada ALLAH dan memohon pertolongan-NYA
╰✿╮ Di pihak yang lainnya ALLAH SWT yang berhak menerima ibadah dan memberikan pertolongan kepada hamba-hambaNYA.
╰✿╮ Tiga ayat yang khusus berkenaan dengan hambaNYA yang membawa maksud, permohonan bimbingan serta Taufiq-NYA kepada Agama yang haq, yang benar tiada liku-likunya. Dan jalan yang lurus itu adalah agama Islam. Yang dimaksudkan dengan ayat ke 7 adalah, nikmat yang telah diberikan kepada para Syuhada, Shiddiqiin, dan orang-orang yg Soleh. Mereka yang sesat pula beerti golongan yang telah menyimpang dan menyeleweng daripadaNYA.
0 comments:
Post a Comment